Weekend lepas ofis aku buat family day. Kali ni family day buat kat Port Dickson. 2 hari 1 malam. So macam a nice way for relaxing after penat buat kerja sepanjang tahun. Semua orang kena bayar a portion of commitment money. Kalau family RM50, bujang RM25. So kira tahap berbaloi-baloi la.
Jadual hari Sabtu lepas pendaftaran, petang tu dalam pukul 5.00 ada sukaneka. Aku tak dapat nak join sebab hari tu ada banyak open house dengan kenduri kawen yang aku kena pi. Actually cuma satu je open house dengan satu kenduri kawen. So aku arrive kat hotel tu dalam pukul 6.45 petang. Owh, nama hotel tu Hotel Costa Rica nama macam kat oversea kan?. Sesat sikitla sebab aku tak tau hotel tu location kat mana.
Aktiviti malam tu makan-makan plus persembahan plus pertandingan plus cabutan bertuah. Pertandingan untuk orang dewasa. Of course la aku tak masuk sebab aku tak nak tipiskan peluang kawan-kawan aku daripada menang hadiah hahahaha. Pastu ada la beberapa pertandingan untuk pasangan suami isteri.
Acara cabutan bertuah ni actually acara yang aku tunggu-tunggu. Sebab ni je peluang aku nak dapat hadiah. Antara hadiah yang paling best TV LCD, microwave oven, vacuum cleaner dan lain-lain. Aku tak berapa tertarik dengan TV tu sebab cuma 22 inci je. Lebih kurang saiz TV aku kat rumah je. So aku aim microwave oven. Tengah-tengah aku dok makan tu makan boleh tahanla sebab ada kambing panggang nombor aku naik. Bila aku amik hadiah….aku sedikit keciwa. Aku dapat radio biasa je. Ceh!! Terus aku bagi radio tu pada staf Bahagian aku. Buat dodoi tido malam.
Rupa-rupanya aku tersilap. Aku ingatkan bila nombor aku dah kena cabut tu aku takde harapan nak dapat hadiah best-best tu. Rupanya organiser dah asingkan hadiah. Hadiah-hadiah best diorang separate kan dan akan dicabut semula dengan memanggil nama. So aku masih ada harapan.
Bila diorang dah start panggil nama untuk cabutan yang best tu aku meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat microwave oven aku tu. Tunggu punya tunggu nama aku masih belum naik. Hati aku keciwa. Aku rasa aku memang takde harapan la nak menang.
Last-last bila hadiah tinggal dua je…pengacara describe nama pemenang. Dalam description tu aku dok pikir ni macam staf aku je. So aku bertambah keciwa. Sekali panggil nama…nama aku la pulak. Wooohoooo!! Hadiah pulak tu microwave oven yang aku idam-idamkan tu. Ok, actually sampai skang aku masih tak tau aku nak masak apa dengan oven tu.
So overall family day tu menarik dan berjaya membuat ramai yang happy. The only downside is the hotel. Bagi aku hotel tu so-so and aku tak recommend orang untuk dok situ. Even member aku yang dapat baucer 2 hari 1 malam pun kata tak akan guna baucer tu. So paham-paham jela.
Pape pun…kepada bos-bos…hargailah kakitangan anda dengan mengadakan family day di tempat-tempat yang hip dan happening. Macam opis aku. Kakitangan anda adalah aset anda.
5 October 2010 at 9:19 am |
benda alah tu boleh masak kek tak?
dulu kakak aku penah dapat seketul benda alah tu tapi takleh masak kek.
bakar roti boleh la.
weh, aku suka buat kek skang,
kita kawan baik, kan fadh kan?
kan?
6 October 2010 at 11:10 am |
hahahh..
fadh, kita pon kawan baek jugak kan? hahahah
6 October 2010 at 6:01 pm
hahaha…sume nak tompang la tu
5 October 2010 at 10:19 am |
Dulu, masa kerja kat LPKP, merasalah aku family day kat cameron highlands. Keje kat agensi tuttt ni, hmm.. ada sekali buat aktiviti sukaneka kat bb bangi dan tahun lepas buat kat wetland. Jimat bajet katanya….
Actually costa rica tu nama negara antara yang termiskin di dunia. So now ko sendiri boleh fikirlah kenapa hotel tu amik nama negara tu…. sesuai dengan kualiti servis dan standard hotel tersebut. Lolz.
5 October 2010 at 1:26 pm |
bagus la opis kau. patut la bos sayang kat kau
dah ada oven tu, sila donlod resipi2 hahahaha
5 October 2010 at 6:14 pm |
Dengar2 oven tu masih dlm kotak lagi sehingga skrg…..nk buat simpan kasut ke?
5 October 2010 at 6:24 pm |
nana: aku tak sure la bole masak kek ke tak…macam tak boleh je aku tengok
pieja: janganla guna duit jabatan…guna la duit kelab ke ape ke…collect ramai-ramai ke…pandai-pandai la nak carik duit…ko pow sape yang star rating rendah ke…hahahahaha
hadi: donlod resipi? hahahaha…bila aku nak masak pun aku tak tau lagi bro
lein: aah…nak jadikan rak kasut macam achik cakap tu la hehehe
5 October 2010 at 10:26 pm |
apa kata microwave tu ko letak kat rumah aku…kompem berasap dengan masakan gak daripada tersadai dalam kotak ajer…hahahha…
6 October 2010 at 11:30 am |
actually yang boleh buat family day kat wetland tu pun sebab kutip duit guna duit kelab lah fadh oiii… kalau tidak, ya… berfamily day lah ko di cubicle masing2.. begitu ya.
6 October 2010 at 12:44 pm |
wahhh btuah hg fadh! dgn hanya mentargetkn 1 bende..hg terus dpt..
tu namanye tuah hg sentiasa dikaki..bertuah sungguh!!
xtau nk masak apa ngn oven tu?
klu ak, panaskn lauk je taula…tp ak surf tenet tadi,adela dia kasi info..hg ley masak spt : smoked salmon quiche, sticky toffee pudding with butterscotch sauce, and pistachio crème brûlée (nama mknn gilergempak)
link nye :-
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/7/10/central/6625551&sec=central
6 October 2010 at 6:00 pm |
akmal: hahaha…ko bukan dah ada ke oven? nanti ko bagi la aku resipi pape yang patut
pieja: hahahaha…loko la tempat ko. bos baru ok kot. ala…actually duit jabatan boleh nak bayar family day ni…aku rasa aku pernah nampak pekeliling tu
apau: uish…pelik2 beno nama menu ko tu…macam tgk AFC la pulak..hehehe
7 October 2010 at 4:56 pm |
kau rasa best family day ni sebab kau dapat hadiah oven kan fadh? kan? kan? kalau tak mesti kau takdela rasa best sangat.
hehehe…
aku pernah dapat kettle ngn iron je fadh. tapi rasa berharga gile sebab aku baru sewa umah bujang masa tu… kira berguna la benda alah berdua tu.
11 October 2010 at 7:50 am |
hahaha…yela. kalau aku x dapat pape mesti aku rasa family day tu hambar. hahaha…
aku nak kena belajar masak la. oven tu masih dalam kotak lagi.
4 January 2011 at 2:53 am |
[...] Family Day October 2010 13 comments 4 [...]