Di suatu pagi yang selepas mengambil adik aku dari latihan taekwondo beliau..
“Fiz, nak sarapan mane?”
“Mane-mane pun bole.”
“Okeh, kita pi kedai bubur semalam la.”
Kedai bubur tersebut famous dengan bubur nasik yang seenak bubur ayam McD. Disebabkan keenakan bubur tersebut, family aku selalu jugakla pegi kedai tu. Cuma aku je baru menjejakkan kaki kat kedai tu semalam. So hari ni merupakan hari kedua aku pi kedai tu.
Sampai-sampai je kat kedai tu aku tengok orang tak berapa nak ramai dah. Dah dekat pukul 9.30 dah pun. Orang sarapan awal kot. So aku dengan adik aku dok satu meja yang masih bersepah.
“Dik, tolong kemas meja ni.” Aku suruh pekerja kedai tu bersihkan.
Beliau membuat isyarat ‘kejap lagi’ so aku pun tunggu. ‘Kejap lagi’ yang sepatutnya paling lama 1-2 minit jadik 10 minit. Aku dah start panas sikit. Aku panggil lagi. “Dik kemas meja ni.”
Lalu beliau dengan segera datang ke meja aku dan mengambil pinggan mangkuk orang yang dok meja tu sebelum aku sambil beliau mengambil order. Sisa-sisa makanan di atas meje belum lap. So aku assume beliau akan lap selepas menghantar minuman.
3 minit kemudian minuman sampai dan sekali lagi aku suruh beliau lap meja. Dan sekali lagi jugak beliau cakap ‘kejap lagi’.
‘Kejap lagi’ yang sepatutnya 1-2 minit bertukar menjadi 15 minit. Meja aku masih belum bersih dan makanan masih belum sampai. Aku tengok sekeliling orang tak ramai pun. Apa yang beliau sibuk buat adalah mengemas meja-meja kosong yang tiada penghuni.
Geram, lantas aku memanggil tokey pompuan kedai tu.
“Kak, mintak lap sikit meja ni. Kotorla.”
“Ok takde masalah. Tapi awak boleh lap sendirik. Ni kan ada tisu kat sini.”
Aku tersentak. Darah dah mula mendidih. Lalu aku pun menjawab:
“Eh, apehal pulak? Saya tak kerja kat sini. Makcik bayar gaji saya ke!!??”
Aku sedikit tinggi suara. Beliau terdiam lalu beredar.
10 minit berlalu dan aku masih menunggu bubur aku. Lantas aku menyuruh adik aku tanya.
“Bang, makcik tu cakap bubur dah abis.”
Aku terus bangun dan cakap: “Lain kali kalau makanan dah abis, bagitau la awal-awal. Apa ko ingat aku tunggul ke?”
Lalu aku berlalu pergi dengan adik aku. Abis hilang mood aku nak sarapan pagi tu. Sumpah aku tak pegi kedai ko lagi!!!