Archive for April, 2010

Exam

22 April 2010

Dah tua-tua pun kena exam. Aku ingat bila dah kerja ni tak payahla nak pikir-pikir lagi pasal exam. Sekali aku silap daa.

Kalau soalan senang yang tak memerlukan aku bukak buku tu takpelah, boleh je aku bantai jawapan. Ni soalan punyala payah sampai ada kawan aku kena amik dua tiga kali exam ni. Tu pun lepas cukup-cukup makan.

Exam ape? Tentulah exam PeeTeeKay yang tak berapa digemari segelintir penjawat awam terutamanya Keupeks. Aku tak anti pada exam PeeTeeKay ni cuma aku anti pada belajar sebelum menduduki exam. Hahaha…

Kawan-kawan aku dah ada yang mula belajar. Study group pun dah ada yang buat. Hebat! Aku? Bukak buku pun belum. Aku pun tak tau macam mane orang boleh ada masa nak baca buku untuk ambik exam ni kecuali dia apply cuti. Ntah-ntah memang ada yang apply cuti semata-mata nak prepare. Dahsyat!

Bagi aku, kalau tak lepas atau gagal, boleh ambik lagi sekali. Bukan kena blacklist pun kalau fail. Matlamat aku untuk exam PeeTeeKay minggu depan ni adalah untuk mengira keluasan dewan peperiksaan. Nanti second time ambik baru aku tengok kertas soalan. Third time ambik baru start bagi jawapan. Hahaha..

Hmm…hebat penangan PeeTeeKay ni.

Pape pun, selamat menghadapi PeeTeeKay kawan-kawanku. Mari kita tengok siapa yang score. Orang yang study sorang-sorang ke, yang buat study group ke, yang ambik cuti ke atau mereka yang masuk semata-mata nak tengok besar ke kecik dewan peperiksaan.

Advertisements

konsert owh konsert

13 April 2010

Haku bukanlah peminat konsert. Seingat haku, sepanjang umur hidup haku, jumlah haku pergi konsert boleh dikira dengan sebelah tangan. Ittew pun konsert yang sekolah aku anjurkan.

Baru-baru nie aku balik ke sekolah aku semula. Ada reunion or we call it as Old Boy Weekend. Hujung Minggu Murid-murid Tua hahaha.

So antara aktiviti yang diadakan adalah konsert. Iye, konsert yang tidak melibatkan artis-artis profesional. Kugiran atau band yang membuat persembahan adalah mereka yang merasakan mereka berbakat untuk menyanyi walaupun telah tua dan uzur. Iya, tua dan uzur.

Okkay, ada jugak mereka yang muda dan bertenaga buat persembahan. Tapi tak bestla cerita pasal diorang ni sebab of course persembahan diorang menarik and blog ni takkan jadik menarik kalau cerita tentang kehebatan orang lain selain kehebatan haku kan…hohoho.

So ketika murid-murid tua yang uzur dan tidak bertenaga inney membuat persembahan, ramailah yang khusyuk mendengar walaupun sound system ketika ittew macam harreeem. Keadaan dewan ketika ittew penuh dan sedikit panas walaupun ada air-cond.

Kemudian tibalah giliran satu band inney untuk membuat persembahan. Murid-murid tua yang mungkin berusia awal 50-an atau lewat 40-an. Persembahan dimulakan dengan agak rancak. Salah seorang penyanyi band tersebut begitu asyik bagaikan naik syekh. Beliau melompat-lompat di atas pentas laksana monyet kegembiraan menerima pisang sehinggit di Zoo Negara. Ramai yang bertepuk tangan mungkin kerana terangsang dengan lagu yang dimainkan.

Tiba-tiba, ditengah-tengah persembahan tersebut keadaan menjadi sunyi dan gelap gelita. Suara penyanyi tersebut tidak kedengaran. Juga hilang kelibat beliau melompat-lompat di atas pentas.

Dari kejauhan sayup-sayup kedengaran satu suara…

“Woi Fadh!! Bangunla. Ko tengah-tengah konsert bising macam ni pun bole tido ke? Dahsyat la ko!!”

Owh…padanla gelap dan sunyi. Haku tertidur rupanya. Confirm persembahan murid tua ittew sangat buhsan sampai haku yang jarang-jarang tidur inney (okkay ini statement menipu. sila jangan percaya) boleh tertidur dalam dewan yang bising.

Moral : Rentikan la pergi konsert tu kalau nak tido je weih!

I love my job. But..

6 April 2010

Aku suka kerja aku. Aku betul-betul suka kerja aku.

Tidak seperti kawan-kawan aku yang hanya menumpukan satu-satu kerja, aku pulak buat pelbagai jenis kerja. Aku jaga pentadbiran, sumber manusia, latihan, kewangan, perolehan, aset, stor, korporat, ISO dan macam-macam lagi.

Disebabkan kerja yang pelbagai, juga tidak seperti kawan-kawan aku, aku of course la tidak akan dapat menghafal segala Pekeliling, Surat Pekeliling atau Arahan yang berkaitan. Secara dasarnya aku tau, tapi secara terperinci, minta maaf, aku tak pakar.

Disebabkan kerja yang pelbagai, aku belajar membahagikan tugas. Mujur aku mempunyai kakitangan yang cekap dalam menjalankan tugas. Arahan hanya perlu diberi sekali dan mereka terus melaksanakan arahan yang diberi. Sungguh cekap mereka ittew.

Tapi…aku tak suka micro management.

Setakat nak pilih pendrive kaler ape…partition jenis apa…rak surat khabar design macam mane…tak perlulah mintak pandangan aku. Cukuplah sekadar rasa sesuai untuk kegunaan pejabat lepas tu pilihla.

Pening la kepala aku kalau semua benda aku nak kena pikir!!

Nak parking? Boleh blah!!

2 April 2010

Di suatu petang yang hening…

“Jom makan kat Alamanda petang ni.” sapaku.

“Ok.” jawab beliau.

***

Setibanya di Alamanda, Putrajaya.

“Uish, ramai lak orang datang Alamanda hari ni.” kataku. “Susah la nak dapat parking macam ni.”

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, ada dua kereta bersiap-siap untuk keluar dari petak parking.

“Tu ada dua kereta tu nak keluar.” getus beliau. “Parking kat salah satu tempat tula. Sebelah tu kereta depan dah amik.”

“Orait.” jawabku ringkas.

Tiba-tiba…kelihatan kelibat wanita kurus kering keluar dari kereta belakang. Beliau berdiri di tengah-tengah petak parking yang kosong.

“Tu kenapa pompuan tu dok situ?” tanya beliau.

“Entah, mintak kena langgar dengan kereta kot.” jawabku bersahaja.

Seperti biasa aku akan parking bontot belakang. Ketika aku hendak berundur, wanita tadi masih tercegat berdiri sambil menunjukkan kereta yang beliau naiki tadi.

“Eh, dia booking parking untuk kereta belakang kita la.” kata beliau. “Nak bagi ke?”

“Bagi? Lebih baik langgar pompuan kurus tu dari bagi parking ni. Ingat zaman dolu-dolu ke booking parking macam ni?” kataku.

***

Nak book parking pun agak-agak la. Ada ke sampai turun kereta nak book parking pada hal time tu ada kereta depan kereta ko? Tunggu je la turn ko. Sivik minded la sikit.

Nak parking? Boleh blah!!

Berblog Semula

1 April 2010

Owwhhh!!!

Aku dah start berblogging semula.

Boleh ke aku maintain tulis entry setiap hari, minggu atau bulan? Atau hanya sekadar hangat-hangat tahik ayam sahaja. Entahlah, aku pun tak sure.

Entry-entry di dalam blog ini juga akan berkisar tentang kehidupan aku dengan ayat-ayat seperti blog lama aku. Takde formal-formal. Nak formal baca buku teks la haha.

Oklah. Teruskan membaca entry-entry selepas ini.

Adios!!