Nak parking? Boleh blah!!

Di suatu petang yang hening…

“Jom makan kat Alamanda petang ni.” sapaku.

“Ok.” jawab beliau.

***

Setibanya di Alamanda, Putrajaya.

“Uish, ramai lak orang datang Alamanda hari ni.” kataku. “Susah la nak dapat parking macam ni.”

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, ada dua kereta bersiap-siap untuk keluar dari petak parking.

“Tu ada dua kereta tu nak keluar.” getus beliau. “Parking kat salah satu tempat tula. Sebelah tu kereta depan dah amik.”

“Orait.” jawabku ringkas.

Tiba-tiba…kelihatan kelibat wanita kurus kering keluar dari kereta belakang. Beliau berdiri di tengah-tengah petak parking yang kosong.

“Tu kenapa pompuan tu dok situ?” tanya beliau.

“Entah, mintak kena langgar dengan kereta kot.” jawabku bersahaja.

Seperti biasa aku akan parking bontot belakang. Ketika aku hendak berundur, wanita tadi masih tercegat berdiri sambil menunjukkan kereta yang beliau naiki tadi.

“Eh, dia booking parking untuk kereta belakang kita la.” kata beliau. “Nak bagi ke?”

“Bagi? Lebih baik langgar pompuan kurus tu dari bagi parking ni. Ingat zaman dolu-dolu ke booking parking macam ni?” kataku.

***

Nak book parking pun agak-agak la. Ada ke sampai turun kereta nak book parking pada hal time tu ada kereta depan kereta ko? Tunggu je la turn ko. Sivik minded la sikit.

Nak parking? Boleh blah!!

Advertisements

6 Responses to “Nak parking? Boleh blah!!”

  1. نورنانا Says:

    makcik-makcik ke yang buat camtu?

  2. Lein Says:

    Siapakah ‘beliau’? Bukankah ‘beliau’ juga cakap ‘ah,parking je, buat bodoh’ dn bukan ‘nak bagi ke?’

  3. fadh Says:

    nana: bukan makcik. budak2 lagi. baru abis skolah ke blaja kat U ke.

    lein: haha, dia ada gak ckp mcm tu. ‘nak bagi ke?’ tu dia tanya kalau budak tu tak nak gerak

  4. aishah Says:

    aku selalu juga plan nak buat macam tu tapi tidaklah sampai mengabaikan konsep first car first park.

    • fadh Says:

      “plan nak buat macam tu”?

      so ko pun suka la berdiri kat atas parking lot? hahaha

      ko tak rasa macam kelakar ke?

      • aishah Says:

        hehe. tak pernah buat lagi. tapi aku rasa kelakar la.

        kawan aku pernah suruh aku turun kete alih kon sebab dia nak parking. bengong. sebagai penumpang aku turutkan saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: