Archive for May, 2010

Kapla Pusing

26 May 2010

Pening kepala aku hari ni.

Kerja banyak sangat kot. Kena amik rest ni. Amik cuti sehari dua. Maybe kena pi tempat peranginan. Dalam negara ke luar negara? Mana-mana pun bole. Asalkan fulusnya ada.

Mana nak pi? Redang? Boleh snorkeling. Langkawi? Tax free tuh. Ke balik kampung? Mana tu? Of course it’s London. Hahaha..

Owh lupe lak. Tiket Air Asia ke Gold Coast telah di’book’. Melawat ke negara Down Under la nanti nih. Hehehe

Nantikan edisi Destinasi Bajet dalam keluaran akan-akan datang.

Kehidupan…dan Kematian

18 May 2010

Lebih kurang sebulan yang lepas, aku balik sekolah lama aku. Ada gathering lebih kurang macam tu. Ada macam-macam aktiviti dijalankan antaranya sukan antara present boys dengan old boys. Bola sepak, ragbi, hoki dan lain-lain. So aku participate dalam game hoki.

Hoki main dekat turf dekat Kolej Islam kalau tak salah aku. Instead of playing 2 halves 35 minutes each, kitorang main 4 quarter 20 minutes each. Main pagi, around 9am macam tu. Not a convenient time to play since Kuala Kangsar ni panas and will dehydrate you.

Aku main quarter kedua. Full 20 minutes dengan running up and down, dribble sikit-sikit. Kira aktifla, bukan main sambil berjalan macam aku main bola tu.

Dekat-dekat nak habis je quarter tu, tiba-tiba aku rasa lain macam. I was gasping for air. Oksigen masuk paru-paru slow je. Macam segan-segan je nak masuk. Aku try rilek kan badan aku and slowly oksigen start masuk balik macam normal. Pheww…nasib baik.

Wisel menandakan tamatnya quarter tu berbunyi. Sedang aku berjalan ke tempat rehat nak minum air, tiba-tiba aku stop. Kalau tadi oksigen cam segan-segan nak masuk, kali ni confirm oksigen dah macam bergaduh lak dengan paru-paru aku. Tak masuk langsung. Aku start panik. Aku mula terbayang-bayang 27 tahun kehidupan aku kat muka bumi ni. Aku rasa ‘is this the end?’. To be honest, aku dah mengucap pun time tu. Suddenly oksigen start masuk sikit-sikit. Alhamdulillah…

Ok, maybe aku exaggerate sikit. But the main point is aku tak nak meninggalkan dunia atas padang hoki. Ok, maybe way better than dying kat tempat orang melahu macam tempat karaoke, tapi aku pakai shorts time tu. And aku tak nak mati time aku tengah bukak aurat!

Last week, kawan aku punya adik ipar past away. Muda lagi…18 tahun. Tapi cara arwah meninggalkan dunia ni menginsafkan aku. Typical 18 year old mesti jenis suka merempit or buang masa kat tempat-tempat pelik. Tapi arwah bukan jenis macam tu. Arwah meninggal dunia selepas selesai solat subuh.

18 tahun, umur yang cukup muda, tapi dah meninggalkan kita semua. It shows that kita boleh mati bila-bila masa je. Aku percaya semua orang tau benda ni. Tapi kenapa masih ada yang ignorant dengan realiti ni dan hanya memfokuskan kehidupan diorang dengan hiburan dan ke’enjoy’an? Mungkin diorang rasa diorang takkan mati muda kot. Tapi diorang tau ke bila diorang akan mati?

***

Entry kali ni bukanlah niat aku nak berkhutbah atau bertazkirah. Entry kali ni takde niat untuk mengubah hati mereka yang membaca, tu terpulang pada hati masing-masing. Jika masih berasa diri tu muda dan layak untuk enjoy..silakan. Jika merasakan sudah tiba perubahan dilakukan ke arah yang lebih baik dan mendekati Allah…Alhamdulillah. Entry ini hanya untuk diri aku mencari kekuatan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik untuk Allah, ibu bapa aku dan diri aku sendiri…

Freeloader

6 May 2010

Menurut Dictionary.com yang aku guna dekat iPhone aku, freeload bermaksud:

to take advantage of others for free food, entertainment, etc.

Ini bermakna freeloader tu bermaksud orang yang mengamalkan freeload atau mengambil kesempatan terhadap orang lain untuk mendapat keuntungan seperti makan percuma dan sebagainya.

***

Pagi tadi ketika dalam perjalanan pergi ke opis, aku dengarla radio macam biasa. Topik mix.fm hari ni adalah mengenai freeloader.

Mula-mula ada sorang laki call cakap die bengang dengan awek die sebab awek die freeloader. Macam biasala die komplen cakap die selalu belanja awek die sedangkan awek die tak pernah keluar sesen pun untuk die. Kira tak puas hati dengan awek die la.

Lepas mamat ni abis call, ada sorang minah ni lak call. Name die M****a. Macam name watak dalam cerita Friends tu. Die bole pulak cakap macam ni…

“I just heard about this guy calling before me about her girlfriend being a freeloader. Who do you think he is? Does he think it is easy being us? Being pretty girls. We have to sacrifice ourselves by going out with you ugly people, so we deserve being pampered by you guys. My ex-boyfriend bought me a condominium, a Louis Vuitton bag and a car. It’s appropriate for him since he’s an ugly guy who dreams of dating with me.”

Pergghh…menyirap darah aku dengar ayat poyo minah ni. Lawa sangat ke ko tuh!? Bile deejay tanya “in rate 1-10 how beautiful you are?”..boleh pulak die dengan konfiden badak jawab 9.9.

Kalau ye pun ko tu cantik sangat, ko rasa patut ke ko cakap orang lain tu hodoh? Kalau cakap orang-orang biasa tu kira bersopan la jugak ayat ko. Ni selamba je ko cakap ex-boyfriend ko tu pretty ugly. “Sacrifice yourself for going out with ugly guys?” Berdesing je telinga ni dengar.

Pastu boleh pulak ada minah lain call lepas minah ni sokong ayat minah ni. Cakap kena jadik freeloader sebab keluar dengan laki tak handsome macam aku. Apa la nak jadik dengan pompuan-pompuan macam ni.

Yang ex-boyfriend die pun bodoh jugak. Yang belikan condo dengan kereta tu buat ape? Dah jadik bini ko ke? Pikir guna otak la. Tau la banyak duit tapi tak payahla membazir macam tu bro. Not worth it la to spend such amount of money to girls like that. Tak kesahla lawa macam mane pun. Baik la ko sedekah kat anak yatim ke, fakir miskin ke…

Haish…pikir-pikir balik buat aku hangin je dengan minah yang perasan cantek.

Baik aku buat assignment PeeTeeKay aku la…

Adios.