Archive for June, 2010

Pure Rubbish

28 June 2010

England was rubbish last night. Not that I supported them.

They found it hard to contain Thomas Muller and Mesut Ozil. Their passing and ball distribution was horrendous. First touch was like a 9 years old playing Sunday football. And their finishing…don’t even let me say anything about that.

Ok, Lampards’ goal was disallowed. But honestly, does it make any difference?

Better luck next time three kittens lions.

p/s: Nasib baik aku sokong Oranje. Go Netherland!!

Masih Aku Terasa – Gersang

24 June 2010

Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu

Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi

Akan ku simpan
Kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah

Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkan mu
Hanya engkau yang aku sayangi

***

Aku tak tau kenapa tapi aku macam ada soft spot dengan lagu-lagu zaman awal 90-an. Macam lagu kumpulan Gersang ni. Siap aku boleh hafal melodi lagu ni lagi (perkara yang jarang-jarang berlaku dengan lagu zaman moden dewasa ini).

Hmm…kalau la dapat aku carik mp3 lagu ni.

p/s : tengs untuk paper Berita Harian kerana mengeluarkan artikel kumpulan Gersang hari ini.

Errkkk…Alhamdulillah

23 June 2010

Errkkk…Alhamdulillah. Kenyang aku.

Baru lepas makan lunch di Wong Solo. Terima kasih kepada Cik Ecah dan rakan yang sudi belanja set pecal lele (ikan keli kepada yang tak tau) tadi. Moga murah rezeki dan panjang umur.

Lain kali boleh belanja lagi muahahaha.

Mana Lebih Penting?

22 June 2010

Mana lebih penting? Privacy atau kesalahan tingkahlaku?

Kalau kita buat onar, contohnya berzina atau pun seks tanpa ikatan gila formal, dan dengan bodohnya kita rakam aksi konon hebat kita diranjang. Kemudian rakaman tersebut secara ‘tak sengaja’ disebarkan untuk tontonan ramai, mana yang lebih salah atau tak patut dilakukan? Zina tersebut atau penyebaran rakaman?

Kalau di negara jiran, artis yang didapati bersalah melakukan adegan zina akan didakwa dan dipenjara sekiranya mereka terbukti bersalah. Tapi yang peliknya kat sini, lain yang berlaku.

Kenapa kita tak siasat sama ada rakaman tersebut tulen atau tak? Kalau tulen, kenapa kita tak dakwa orang yang lakukan zina tu? Tak kesahla sama ada dia beragama Islam atau tak. Lebih teruk lagi kalau dilakukan oleh individu berpengaruh seperti selebriti atau ahli politik.

Kenapa kita sibuk nak carik pengedar rakaman tersebut? Kenapa kita nak salahkan pengedar tersebut kerana kacau privacy orang lain? Kenapa pengedar yang berhadapan dengan hukuman penjara dan denda? Kenapa si pelaku zina tak didakwa?

Aku tak paham…sebenarnya mana yang lebih penting?

Aku Baru Tau

17 June 2010

Hari ni aku belajar benda baru. Aku begitu teruja sampai aku bagitau semua orang. Okay, aku over excited.

Dah 27 tahun lebih aku hidup kat dunia ni. Lebih 15 tahun aku ada kad pengenalan. Hari ni aku baru perasan kalau kita fotostat IC tu nanti akan keluar perkataan SALINAN kat bahagian belakang IC tu.

Hahahaha…gile ketinggalan aku ni!!