Archive for June 22nd, 2010

Mana Lebih Penting?

22 June 2010

Mana lebih penting? Privacy atau kesalahan tingkahlaku?

Kalau kita buat onar, contohnya berzina atau pun seks tanpa ikatan gila formal, dan dengan bodohnya kita rakam aksi konon hebat kita diranjang. Kemudian rakaman tersebut secara ‘tak sengaja’ disebarkan untuk tontonan ramai, mana yang lebih salah atau tak patut dilakukan? Zina tersebut atau penyebaran rakaman?

Kalau di negara jiran, artis yang didapati bersalah melakukan adegan zina akan didakwa dan dipenjara sekiranya mereka terbukti bersalah. Tapi yang peliknya kat sini, lain yang berlaku.

Kenapa kita tak siasat sama ada rakaman tersebut tulen atau tak? Kalau tulen, kenapa kita tak dakwa orang yang lakukan zina tu? Tak kesahla sama ada dia beragama Islam atau tak. Lebih teruk lagi kalau dilakukan oleh individu berpengaruh seperti selebriti atau ahli politik.

Kenapa kita sibuk nak carik pengedar rakaman tersebut? Kenapa kita nak salahkan pengedar tersebut kerana kacau privacy orang lain? Kenapa pengedar yang berhadapan dengan hukuman penjara dan denda? Kenapa si pelaku zina tak didakwa?

Aku tak paham…sebenarnya mana yang lebih penting?