Archive for July, 2010

Imam Muda

30 July 2010

Aku tak pernah tengok Imam Muda sebelum ni. Tapi malam ni lain pulak ceritanya. Buat julung kali aku bukak Astro Oasis dan menonton Imam Muda. Dan terus terang aku cakap…aku kagum dengan perserta finalis Imam Muda iaitu Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur.

Peserta-peserta Imam Muda ni datang dari seluruh pelosok Malaysia dengan pelbagai latar belakang. Ada yang belajar di oversea…nun di Mesir sana. Ada juga yang masih muda, umur 19 tahun…baru lepas sekolah. And typically kita akan pikir yang peserta-peserta ni semuanya mempunyai ijazah atau diploma dengan latar belakang agama Islam…tapi tak. Ada yang mempunyai latar belakang Diploma Kejuruteraan Teknologi Komputer.

Aku rasa landskap hiburan Malaysia patut diubah. Sekarang ni terlalu banyak sangat hiburan duniawi. Jarang kita mendapat peluang seperti apa yang dihidangkan Astro Oasis ni. Apa yang disajikan ni wajar dicontohi saluran televisyen yang lain, sama ada swasta atau pun Kerajaan.

Aku harap kesan daripada Imam Muda ini akan wujud ripple effect atau kesan yang berpanjangan. Iyelah, kalau cerita-cerita hiburan macam American Idol tu ada je negara lain nak ikut (Baca: Malaysian Idol) aku rasa tak salah kalau realiti TV lain yang berkaitan dengan agama akan mula menjadi ikutan anak-anak muda.

Mudah-mudahan…amin.

Advertisements

Nak Tulis Ape Hah!!??

28 July 2010

Aku mengalami sindrom banyak sangat idea sampai aku lupa nak tulis ape. Disebabkan sindrom itu, aku tak tau nak tulis apa dalam blog dah.

Banyak benda berlaku lately, especially keadaan kesiahatan emak aku. My new found hobby yang memakan terlalu banyak masa even sampai office hours pun aku dok buat. Isu tentang penempatan baru yang mana sepatutnya aku ditukarkan ke unit baru tapi disebabkan beberapa alasan yang tak berapa nak cerdik aku masih stay di tempat sama. Dan beberapa cerita-cerita lain.

Nantila kalau ada masa aku try update blog ni sekerap mungkin.

Sekian. Adios.

Sumpah Aku Tak Pegi Kedai Ko Lagi

18 July 2010

Di suatu pagi yang selepas mengambil adik aku dari latihan taekwondo beliau..

“Fiz, nak sarapan mane?”

“Mane-mane pun bole.”

“Okeh, kita pi kedai bubur semalam la.”

Kedai bubur tersebut famous dengan bubur nasik yang seenak bubur ayam McD. Disebabkan keenakan bubur tersebut, family aku selalu jugakla pegi kedai tu. Cuma aku je baru menjejakkan kaki kat kedai tu semalam. So hari ni merupakan hari kedua aku pi kedai tu.

Sampai-sampai je kat kedai tu aku tengok orang tak berapa nak ramai dah. Dah dekat pukul 9.30 dah pun. Orang sarapan awal kot. So aku dengan adik aku dok satu meja yang masih bersepah.

“Dik, tolong kemas meja ni.” Aku suruh pekerja kedai tu bersihkan.

Beliau membuat isyarat ‘kejap lagi’ so aku pun tunggu. ‘Kejap lagi’ yang sepatutnya paling lama 1-2 minit jadik 10 minit. Aku dah start panas sikit. Aku panggil lagi. “Dik kemas meja ni.”

Lalu beliau dengan segera datang ke meja aku dan mengambil pinggan mangkuk orang yang dok meja tu sebelum aku sambil beliau mengambil order. Sisa-sisa makanan di atas meje belum lap. So aku assume beliau akan lap selepas menghantar minuman.

3 minit kemudian minuman sampai dan sekali lagi aku suruh beliau lap meja. Dan sekali lagi jugak beliau cakap ‘kejap lagi’.

‘Kejap lagi’ yang sepatutnya 1-2 minit bertukar menjadi 15 minit. Meja aku masih belum bersih dan makanan masih belum sampai. Aku tengok sekeliling orang tak ramai pun. Apa yang beliau sibuk buat adalah mengemas meja-meja kosong yang tiada penghuni.

Geram, lantas aku memanggil tokey pompuan kedai tu.

“Kak, mintak lap sikit meja ni. Kotorla.”

“Ok takde masalah. Tapi awak boleh lap sendirik. Ni kan ada tisu kat sini.”

Aku tersentak. Darah dah mula mendidih. Lalu aku pun menjawab:

“Eh, apehal pulak? Saya tak kerja kat sini. Makcik bayar gaji saya ke!!??”

Aku sedikit tinggi suara. Beliau terdiam lalu beredar.

10 minit berlalu dan aku masih menunggu bubur aku. Lantas aku menyuruh adik aku tanya.

“Bang, makcik tu cakap bubur dah abis.”

Aku terus bangun dan cakap: “Lain kali kalau makanan dah abis, bagitau la awal-awal. Apa ko ingat aku tunggul ke?”

Lalu aku berlalu pergi dengan adik aku. Abis hilang mood aku nak sarapan pagi tu. Sumpah aku tak pegi kedai ko lagi!!!

It’s All Over

12 July 2010

It’s all over.

The best team wins. They played brilliantly. Dominant right from the beginning.

Iniesta deserved the goal after creating some magical moments now and then. Bossing possession and helping La Furia Roja play the same patient game. Controlling the midfield right from the beginning until the end.

Oranje, always the bridesmaid, never ever been the bride. Maybe next time…

Iniesta destroying Oranje’s dream

***

World Cup is over. See you in 4 years time in Brazil.

So 4 years without football? Naaahhh!! In 2 years time there will be Euro 2012 co-host by Poland and Ukraine. And thank god, there’s EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga, ECL, etc playing every year. So let us take a break for 1 month before the season starts in August.

Woohoo!!! Final, Here We Come!

7 July 2010

Netherlands. Holland. Dutch. Belanda. Oranje.

Panggilla ape saje. Yang penting kami telah melangkah ke final World Cup.

Dengan kemenangan 3-2 menentang Uruguay malam tadi, maka secara rasmi Oranje adalah pasukan pertama menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010.

Gol-gol dijaringkan oleh Giovanni van Bronckhorst, Wesley Sneijder (mamat ni memang legend. MU belila die season depan) dan Arjen Robben.

So, Spain or German, kita jumpa di final. Tapi aku rasa German yang masuk final kot.

Yey!! Kita masuk Final weih!!