Archive for August, 2010

Hari Merdeka Ke-53

30 August 2010

Definasi atau istilah Merdeka berbeza bagi setiap generasi. Kalau zaman tok nenek kita dulu (atau mungkin zaman ayah mak kita ),  istilah merdeka itu bermaksud berjuang mempertahankan kedaulatan negara dari belenggu penjajah.

Bagi generasi moden yang lahir pasca Merdeka 1957, definasi Merdeka membawa maksud bebas dari anasir-anasir negatif yang boleh menghancurkan negara. Bebas daripada sikap-sikap buruk yang tidak membawa sebarang manfaat kepada kemajuan negara. Bebas daripada budaya hedonisme atau budaya mencari hiburan semata-mata hingga lalai terhadap tuntutan agama.

Merdeka membawa pelbagai maksud dan pengertian. Beruntunglah kepada mereka yang sentiasa menghayati semangat kemerdekaan.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. 

Ihsan : Noktah Hitam

Advertisements

Fulamak Carta SMS Sinar

23 August 2010

Entry ini aku dedicate pada Bapaque, my brother for 14 long years.

Bapaque ni kawan baik aku sejak zaman budak-budak sekolah. So basically dia ni kenal aku luar dalam. So one fine day time naik kereta aku mamat ni dengan selamba badak tukar frekuensi radio aku kepada Sinar.fm.

“Weih, ko buat ape tu? Aku mana dengar Sinar. Tu untuk orang-orang tua macam ko bole la dengar.”

“Baik ko dengar…pepagi best dengar Sinar ni.”

“Takde-takde-takde. Tukar balik channel tadi. Dahla menumpang kereta aku, selamba apam je tukar channel radio.”

“Hahahaha…nanti ko menyesal kalau tak dengar.”

Hujung minggu yang lepas aku balik kampung..Batu Pahat. Along the highway ada la certain areas yang frekuensi radio tak berapa nak clear except for certain channels which are kebanyakkannya for Chinese and Indians listener. Tengah aku channel surfing tu aku terdengar segmen Fulamak Carta SMS Sinar. Owh…aku telah jatuh cinta!! Hahaha

Lagu-lagu retro dan klasik yang menggamit memori zaman sekolah rendah aku. Zaman innocent dan takde nak pikir masalah-masalah harian macam sekarang ni. Kekadang aku terpikir seronok zaman sekolah rendah ni. Kalaula aku boleh balik ke masa silam…aku akan patah balik zaman kanak-kanak…and jadik kanak-kanak semula.

***

Kat bawah ni aku letak Fulamak Carta SMS Sinar. Yang aku bold tu lagu-lagu yang aku nyanyi sekali time drive balik kampung.

No Artist / Lagu
1 CINTA KU SEWANGI KASIH KU – MAY
2 SEMBILU – ELLA
3 GADIS KU – SEARCH
4 WARNA – DATO’ SHIELA MAJID
5 HARUM SUBUR DI HATI – BPR
6 AKU CINTA PADA MU – DATO’ SITI NURHALIZA
7 SEJATI – WINGS
8 ISTILAH BERCINTA – RAMLI SARIP
9 CINTA MU – RAHIMAH RAHIM
10 UNTUK MU SAYANG – FEBIANS
11 KITA INSAN BIASA – JJ & DAYANG KU INTAN
12 SABAR MENANTI – FAHRENHEIT
13 CURANG – LAKSAMANA
14 TERBANG HELANG – DATO’ SHARIFAH AINI
15 KU UKIR NAMA MU – LOVEHUNTERS
16 SECEBIS RAYUAN – BURNMARKS
17 MENGEMIS RINDU – NORANIZA IDRIS
18 KERANA CINTA – MEDICINE
19 SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI – ALLEYCATS
20 RELA MENANTI – OGY & EBBY SAIFUL
21 KE MANA KU BAWA HATI YANG RINDU – JAMAL ABDILLAH
22 DUA INSAN – M.NASIR & YUNIZAR HUSIN
23 SEMANGAT YANG HILANG – XPDC
24 ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA – AXL’S
25 TERATAI LAYU DI TASIK MADU – FAUZIAH L
26 DIAM – DIAM JATUH CINTA – RAMLAH RAM
27 RAYUAN KU – ROHANA JALIL
28 KU PENDAM BIARPUN PARAH – HERMAN TINO
29 RELA – TILA
30 ASYIK – AMELINA

Surat Sokongan

20 August 2010

Dia cakap: “Haiya! Memang gua ada bagi surat sokongan. Tapi company gua tarak dapat itu kontrak woo.”

Orang tanya: “Kenapa lu keluarkan surat sokongan?”

Dia cakap: “Haiya! Gua kena bayar itu bil api sama air itu dewan serbaguna la. Kalau gua tak bayar sapa mau bayar?”

Orang tanya: “Tapi kenapa lu keluarkan surat sokongan untuk company sendiri?”

Dia cakap: “Sebab gua boleh buat itu kerija. Kenapa gua nak sokong orang lain? Gua ketua kampung maaa. Haiya, lu tanya banyak-banyak…bukan gua dapat itu kerija la.”

***

Bagi aku…dapat atau tidak satu projek tu…bukan perkara utama…yang paling penting…tak kira tinggi mana jawatan ko…tak kira berapa penting ko dalam negeri *tut*…ko tetap tak boleh keluarkan surat sokongan untuk mana-mana syarikat.

Alhamdulillah..rezeki anak-anak

16 August 2010

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan ni murah rezeki sikit. Bukan sebab dapat bonus ke naik gaji..deng, ingat aku keje private ke. Tapi aku lulus exam ni.

Nak kata cemerlang sampai dapat anjakan gaji tu tak la. Tapi cukup la sekadar aku tak perlu lagi nak amik exam tu semula. Walaupun matlamat asal aku hanyalah nak mengira keluasan dewan…tapi inilah yang dikatakan rezeki anak-anak..hahaha.

Kepada kawan-kawan yang tidak berjaya, takpe…cuba lagi. Exam ni bukan penamat karier. Ramai lagi yang gagal dan amik semula akhirnya jadik lebih cemerlang daripada orang yang amik sekali lepas tu lulus. Kepada yang belum amik lagi, selamat maju jaya.

Akhir kata…majulah exam untuk negara.

p/s: kalau keupeks nak ban exam ni sila la ban. gomen tak pernah paksa pun amik. tapi syarat kenaikan pangkat adalah lulus exam…

Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi

10 August 2010

Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

***

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, dapatlah kita menggilap kembali hati-hati yang telah pudar dan melumpuhkan hawa nafsu yang selama ini membelenggu diri. Amat rugilah mereka yang amalannya tidak menampakkan perubahan sepanjang bulan Ramadhan ini. Jika hanya berpuasa untuk mendapat lapar dan dahaga. Jika berpuasa hanya kerana “kawan aku pun puasa”.

Dalam berpuasa, jangan lupa untuk membayar zakat fitrah ye kawan-kawan. Kang sok dah dekat nak raya, mana nak carik amil? Baik setelkan awal-awal untuk elakkan kesusahan di hari tua. Kalau berkemampuan, banyakkan bersedekah pada bulan Ramadhan. Kurangkan membazir dengan membeli juadah yang bertimbun-timbun. Lebih elok jika kita selalu niat belanja mereka yang berpuasa.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang mana di dalamnya terkandung Malam Lailatul Qadar.