Archive for September, 2010

Protected: Living In Denial…

27 September 2010

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Selamat Hari Malaysia

16 September 2010

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja anda berada.

Buat julung-julung kali kita meraikan Hari Malaysia secara besar-besaran. Ni bukan bermakna sebelum ni kita tak pernah sambut 16 September ni sebagai Hari Malaysia malah difahamkan Sabah dan Sarawak dah lama sambut. Tapi apa yang lebih bermakna adalah sambutan pada kali ini diiringi dengan cuti umum. Ye, kepada yang kurang mengerti…apa-apa perayaan hanya akan bermakna jika diiringi dengan cuti. Jika tidak itu bermakna perayaan itu kurang hip.

Diharapkan dengan sambutan kali ini, jurang antara kaum sama ada ketara atau tidak dapat dirapatkan. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak terpinggir dalam arus kemajuan Malaysia. Kek ekonomi dapat dikongsi sama rata. Dan yang paling penting gaji dapat ditingkatkan. Yela, kalau ekonomi baik, gaji kena la naik kan?

Akhir kata selamat bercuti dan penuhi lah cuti ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

13 September 2010

Walaupun mungkin sudah sedikit terlewat…

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Minal Aidil Wal Faizin

Aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang aku menulis sebarang artikel, ada yang tersinggung atau terkecik hati. Maklumlah, aku ini hanya insan biasa.

***

Raya kali ni kurang bermakna sikit bagi aku. Dalam keadaan mak aku yang kurang sihat beliau kelihatan sedikit cengkung dan semakin kurus aku rasa sangat berdosa kiranya aku meraikan syawal ini dengan kegembiraan. Walaupun beliau ingin anak-anak beliau meraikan Syawal ini seperti biasa, tapi bagi aku agak sukar jugakla. Lebih-lebih lagi bila nenek dan adik beradik mak aku menangis ketika bersalaman dengan mak aku.

Tak banyak rumah yang aku pegi. Mak aku pun tak masak sepanjang raya ni. Sebaliknya kerja-kerja memasak tu diupah kepada orang lain. Kecuali untuk raya pertama je mak aku masak untuk kitorang anak-beranak. Namun seperti biasa, tugas menganyam ketupat diserahkan pada aku, adik laki aku isi beras dalam ketupat, ayah aku rebus dan adik perempuan aku kemas-kemas rumah. Abang aku raya kat Penang tahun ni.

Raya keempat hari ni la tu, aku dah masuk semula ke opis. Lengang. Bosan la kerja time raya ni. Pegi Mines la lepas ni hahahaha.

Akhir kata, semoga anda semua bergembira di hari yang mulia ini.

Lagu-lagu Raya

5 September 2010

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Antara tanda-tanda yang jelas adalah semakin ramai orang berpusu-pusu ke shopping kompleks pada waktu berbuka dan semakin sikit orang berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan Tarawikh. Tanda-tanda ni dah saban tahun aku perhatikan so ini bermakna aku termasuklah dalam kategori yang sama hehehe.

Antara tanda lain adalah stesen-stesen radio dah start main lagu raya. Walaupun tak sekerap yang aku harapkan, tapi boleh kata dalam sejam tu ada la 3-4 lagu diorang mainkan. Pada pandangan aku, time macam ni patut stesen-stesen radio ni dah stop mainkan lagu lain dan hanya fokus pada lagu raya je.

Kalau sebut lagu raya, lagu-lagu evergreen atau malar hijau tetap menjadi pojaan hatiku. No offence pada komposer-komposer atau artis-artis yang dok sibuk cipta lagu baru, tapi pada pandangan aku…baik rentikan la. Aku tak tau la ada ke manusia yang minat pada lagu-lagu raya baru ni. And bila sebut lagu evergreen ni, lagu-lagu ni perlulah dinyanyikan oleh penyanyi asal. Penyanyi-penyanyi zaman sekarang yang cuba memberi nafas baru…baik hentikan la sebab nafas tu sedikit berbau.

Antara Top 5 lagu raya kegemaran aku (tanpa menurut turutan) adalah seperti berikut:

1. Sepasang Kurung Biru – Khairil Johari Johar
2. Selamat Hari Raya – Sanisah Huri
3. Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone
4. Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda – Al-Jawaher
5. Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir

***

p/s: Di penghujung Ramadhan ni marilah kita sama-sama berusaha membanyakkan amalan. Antara penyesalan aku pada Ramadhan kali ini adalah aku gagal untuk bersolat tarawikh pada setiap malam Ramadhan. Astaghfirullah…