Lagu-lagu Raya

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Antara tanda-tanda yang jelas adalah semakin ramai orang berpusu-pusu ke shopping kompleks pada waktu berbuka dan semakin sikit orang berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan Tarawikh. Tanda-tanda ni dah saban tahun aku perhatikan so ini bermakna aku termasuklah dalam kategori yang sama hehehe.

Antara tanda lain adalah stesen-stesen radio dah start main lagu raya. Walaupun tak sekerap yang aku harapkan, tapi boleh kata dalam sejam tu ada la 3-4 lagu diorang mainkan. Pada pandangan aku, time macam ni patut stesen-stesen radio ni dah stop mainkan lagu lain dan hanya fokus pada lagu raya je.

Kalau sebut lagu raya, lagu-lagu evergreen atau malar hijau tetap menjadi pojaan hatiku. No offence pada komposer-komposer atau artis-artis yang dok sibuk cipta lagu baru, tapi pada pandangan aku…baik rentikan la. Aku tak tau la ada ke manusia yang minat pada lagu-lagu raya baru ni. And bila sebut lagu evergreen ni, lagu-lagu ni perlulah dinyanyikan oleh penyanyi asal. Penyanyi-penyanyi zaman sekarang yang cuba memberi nafas baru…baik hentikan la sebab nafas tu sedikit berbau.

Antara Top 5 lagu raya kegemaran aku (tanpa menurut turutan) adalah seperti berikut:

1. Sepasang Kurung Biru – Khairil Johari Johar
2. Selamat Hari Raya – Sanisah Huri
3. Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone
4. Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda – Al-Jawaher
5. Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir

***

p/s: Di penghujung Ramadhan ni marilah kita sama-sama berusaha membanyakkan amalan. Antara penyesalan aku pada Ramadhan kali ini adalah aku gagal untuk bersolat tarawikh pada setiap malam Ramadhan. Astaghfirullah…

10 Responses to “Lagu-lagu Raya”

  1. farah Says:

    selamat menyambut aidilfitri yg bakal menjelma kami (sy dan che khai) ucapkan kepada abg fadh.. dlm masa yg sama ..marilah meraih peluang di malam terakhir ramadhan…

  2. Lein Says:

    p/s: Di penghujung Ramadhan ni marilah kita sama-sama berusaha membanyakkan amalan. Antara penyesalan aku pada Ramadhan kali ini adalah aku gagal untuk bersolat tarawikh pada setiap malam Ramadhan. Astaghfirullah…

    ok…..noted

  3. fadh Says:

    farah: selamat hari raya aidilfitri..sampaikan salam saya pada khairul

    lein: ???

  4. K.H Says:

    Tapi lagu raya Siti Nurhaliza syok juga walaupun baru beberapa tahun je. Tak tahulah syok lagunya ke syok sebab Siti tu sendiri.

  5. Al Hadi Says:

    Shopping last minit kan dah jadi amalan turun temurun kita? Masa ni jangan la pegi Jalan TAR tu. memang horror!

    Anyway, Selamat Hari Raya Fadh!

  6. aishah Says:

    aku pun nak list la lagu aku.

    i. tak ingat tajuk – indahnya beraya di desa – azlina aziz
    ii. selamat hari raya – saloma
    iii. uji rashid dan hail amir
    iv. suasana riang di hari raya -junainah amin (yang ada sebut “dengar2 itu beduk telah berbunyi… sebulan puasa tamatlah hari ni…”)
    dan lagu
    v. mintak mak kuih sepotong… saya mahu makan kerna perut kosong…

  7. aishah Says:

    berlaku pengulangan dan kesilapan di situ

    iv. suasana riang di hari raya – junainah amin

    tapi lirik yang aku tulis tu lagu bila takbir bergema – datin rafeah buang (suka juga)

    dan
    v. tu lirik lagu saloma yang ke ii tu… hahaha…

  8. fadh Says:

    K.H: siti ye? hmmm…okla kalau dengar. bolela masuk kategori lagu raya yang sedap

    Hadi: aku tak penah shopping sana bro. aku ingat tahun depan nak pi la. Selamat Hari Raya bro!

    ecah: owh..aku minat gak lagu2 tu.

  9. shahsulong Says:

    tahun ni paling suka airmata syawal by siti. tak tau kenapa

Leave a reply to shahsulong Cancel reply