Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Walaupun mungkin sudah sedikit terlewat…

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Minal Aidil Wal Faizin

Aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang aku menulis sebarang artikel, ada yang tersinggung atau terkecik hati. Maklumlah, aku ini hanya insan biasa.

***

Raya kali ni kurang bermakna sikit bagi aku. Dalam keadaan mak aku yang kurang sihat beliau kelihatan sedikit cengkung dan semakin kurus aku rasa sangat berdosa kiranya aku meraikan syawal ini dengan kegembiraan. Walaupun beliau ingin anak-anak beliau meraikan Syawal ini seperti biasa, tapi bagi aku agak sukar jugakla. Lebih-lebih lagi bila nenek dan adik beradik mak aku menangis ketika bersalaman dengan mak aku.

Tak banyak rumah yang aku pegi. Mak aku pun tak masak sepanjang raya ni. Sebaliknya kerja-kerja memasak tu diupah kepada orang lain. Kecuali untuk raya pertama je mak aku masak untuk kitorang anak-beranak. Namun seperti biasa, tugas menganyam ketupat diserahkan pada aku, adik laki aku isi beras dalam ketupat, ayah aku rebus dan adik perempuan aku kemas-kemas rumah. Abang aku raya kat Penang tahun ni.

Raya keempat hari ni la tu, aku dah masuk semula ke opis. Lengang. Bosan la kerja time raya ni. Pegi Mines la lepas ni hahahaha.

Akhir kata, semoga anda semua bergembira di hari yang mulia ini.

10 Responses to “Selamat Hari Raya Aidil Fitri”

  1. نورنانا Says:

    oh, tahun depan aku boleh upah kau utk buat ketupat kat umah aku pula.
    sama lah fadh. aku pun beraya di ofis hari ni,
    mari dtg lunch kat ampang.

  2. farah Says:

    salam ramadhan kepada abg fadh dan famliy…
    moga sentiasa dlm redha Allah swt…
    sy dan che khai pun dah stat masuk keje…

  3. fadh Says:

    nana: upah? ok..satu ketupat 50sen ok? minimum 100

    farah: salam aidilfitri. sampaikan salam saya pada khai sekali ye

  4. Nana Says:

    kedeks nya fadh.

  5. aishah Says:

    selamat hari raya juga fadh. jom gi beraya umah kak nana.

Leave a reply to Nana Cancel reply