Archive for October, 2010

Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque

17 October 2010

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

***

Lagu ni bunyik macam comel je. Sebab tu aku letak kat sini. Hehehe…

Enjoy..

Advertisements

Panggilan Haji…Telah Tiba Lagi…

11 October 2010

Panggilan Haji..telah tiba lagi

Musim Haji telah bermula. Ada beberapa kenalan tergolong dalam golongan bertuah yang mendapat jemputan Ilahi untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Alhamdulillah..

Seumur hidup aku, hanya sekali aku pernah menjejakkan kaki di Tanah Haram. Lebih kurang 15-16 tahun lepas. Aku buat umrah sekeluarga. Time tu adik kecik aku belum ada lagi. So dalam family aku dia sorang je la yang belum menjejakkan kaki di sana.

Baru-baru ni mak aku ajak aku buat umrah. Aku setuju. Tapi maybe bukan dalam masa terdekat. Depends pada kesihatan mak aku. Maybe paling awal pun hujung tahun depan lepas adik aku UPSR. So ada masa la untuk aku kumpul duit nanti. Lebih kurang 4000-6000 skang ni kalau nak buat umrah.

Sebut pasal Haji, aku berpendapat masa yang terbaik untuk ke sana adalah ketika kita muda belia. Sebab kederat tenaga masih ada lagi. Yang orang selalu buat, dekat-dekat nak pencen atau lepas pencen baru nak pi. Time tu macam-macam penyakit dah hinggap dalam badan. Lebih elok la time-time muda ni pi sana. Sok-sok ada rezeki lepas pencen boleh pi lagi.

Sasaran aku mudah-mudahan nak pi before 35. Itu kalau ada rezeki dan dijemput oleh Allah untuk ke sana. Tapi usaha-usaha mengumpul duit tu dah start la sikit-sikit.Doakan la ye…

Sugarcoating My ***

6 October 2010

Aku tak suka sugarcoating. Either bila aku terpaksa menyampaikan sesuatu berita atau menerima sesuatu berita. Sebab kata orang “berkatalah benar sekalipun pahit”.

Apa yang orang-orang suka amalkan terutamanya orang-orang melayu kita ni…diorang biasa akan cakap “Jangan cakap kasar-kasar atau sampaikan berita tak elok. Orang tak suka nak dengar.”

Tapi daripada kita nak berselindung semata-mata nak jaga hati orang lain lepas tu kerja tak dapat nak buat…so what’s the point in sugarcoating? Apa yang lebih teruk, bos buat sugarcoating lepas tu suruh anak buah cuci taik die. Tapi aku percaya benda ni biasa berlaku kat mana-mana department gomen. Bos nak nampak baik dan budiman tapi anak buah nampak macam haprak.

Tak cukup dengan tu, nak tambah sedap lagi, bos cakap tak serupa bikin. Bila cakap dengan staf ni “Saya ingat permohonan awak ni okay, takde masalah. Diorang boleh proses dan bayar ni.” So staf tu pun happy la sebab bos cakap okay. Sekali belakang bos call/minit pada staf yang uruskan permohonan tu “Nanti awak cek balik permohonan dia tu sama ada boleh bayar atau tak?”. Kan ke lebih senang kalau ko cakap “Nanti saya mintak pihak ***** cek dulu permohonan ni sama ada kita boleh bayar atau tak.”

Bos-bos nak nampak cantik dan elok depan mata kakitangan tapi palit taik tu pada orang lain. Ni semua amalan zaman 60-an dulu. Zaman sekarang ni orang dah main cakap direct. Tak boleh cakap tak boleh. Nak semak cakap nak semak.

Payah sangat ke?

Family Day

5 October 2010

Weekend lepas ofis aku buat family day. Kali ni family day buat kat Port Dickson. 2 hari 1 malam. So macam a nice way for relaxing after penat buat kerja sepanjang tahun. Semua orang kena bayar a portion of commitment money. Kalau family RM50, bujang RM25. So kira tahap berbaloi-baloi la.

Jadual hari Sabtu lepas pendaftaran, petang tu dalam pukul 5.00 ada sukaneka. Aku tak dapat nak join sebab hari tu ada banyak open house dengan kenduri kawen yang aku kena pi. Actually cuma satu je open house dengan satu kenduri kawen. So aku arrive kat hotel tu dalam pukul 6.45 petang. Owh, nama hotel tu Hotel Costa Rica nama macam kat oversea kan?. Sesat sikitla sebab aku tak tau hotel tu location kat mana.

Aktiviti malam tu makan-makan plus persembahan plus pertandingan plus cabutan bertuah. Pertandingan untuk orang dewasa. Of course la aku tak masuk sebab aku tak nak tipiskan peluang kawan-kawan aku daripada menang hadiah hahahaha. Pastu ada la beberapa pertandingan untuk pasangan suami isteri.

Acara cabutan bertuah ni actually acara yang aku tunggu-tunggu. Sebab ni je peluang aku nak dapat hadiah. Antara hadiah yang paling best TV LCD, microwave oven, vacuum cleaner dan lain-lain. Aku tak berapa tertarik dengan TV tu sebab cuma 22 inci je. Lebih kurang saiz TV aku kat rumah je. So aku aim microwave oven. Tengah-tengah aku dok makan tu makan boleh tahanla sebab ada kambing panggang nombor aku naik. Bila aku amik hadiah….aku sedikit keciwa. Aku dapat radio biasa je. Ceh!! Terus aku bagi radio tu pada staf Bahagian aku. Buat dodoi tido malam.

Rupa-rupanya aku tersilap. Aku ingatkan bila nombor aku dah kena cabut tu aku takde harapan nak dapat hadiah best-best tu. Rupanya organiser dah asingkan hadiah. Hadiah-hadiah best diorang separate kan dan akan dicabut semula dengan memanggil nama. So aku masih ada harapan.

Bila diorang dah start panggil nama untuk cabutan yang best tu aku meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat microwave oven aku tu. Tunggu punya tunggu nama aku masih belum naik. Hati aku keciwa. Aku rasa aku memang takde harapan la nak menang.

Last-last bila hadiah tinggal dua je…pengacara describe nama pemenang. Dalam description tu aku dok pikir ni macam staf aku je. So aku bertambah keciwa. Sekali panggil nama…nama aku la pulak. Wooohoooo!! Hadiah pulak tu microwave oven yang aku idam-idamkan tu. Ok, actually sampai skang aku masih tak tau aku nak masak apa dengan oven tu.

So overall family day tu menarik dan berjaya membuat ramai yang happy. The only downside is the hotel. Bagi aku hotel tu so-so and aku tak recommend orang untuk dok situ. Even member aku yang dapat baucer 2 hari 1 malam pun kata tak akan guna baucer tu. So paham-paham jela.

Pape pun…kepada bos-bos…hargailah kakitangan anda dengan mengadakan family day di tempat-tempat yang hip dan happening. Macam opis aku. Kakitangan anda adalah aset anda.