Archive for November, 2010

Cakap Serupa Bikin La Wei!

30 November 2010

Aku paling tak suka orang cakap tak serupa bikin atau penakut tapi buat-buat berani…

Kisah 1:

Kring..kring..kring

“Hello. Unit Penguatkuasa. Apa yang boleh saya bantu?”

“Saya nak buat satu aduan.”

“Aduan ape ye Puan?”

“Ada berlaku kejadian curik pasir dekat dengan rumah saya dekat tuuut. Pejabat awak ni tak buat kerja ke!? Orang tu dah banyak kali curik pasir dekat situ.”

“Boleh saya dapatkan nama dengan no phone Puan. Nanti bila kami tiba di lokasi boleh call Puan untuk rujukan.”

“Eh..tak payahla jumpa saya kat sana. Ni saya report awak terus pegila.”

“Kami boleh pegi Puan. Tapi kami kena pastikan tempat kami tuju tu sama dengan apa yang Puan adu ni. Takut salah tempat lak. Nanti Puan cakap kami tak buat kerja la pulak.”

“Eh..saya tak mau orang nampak saya dengan Unit awak!”

“Eh kenapa pulak Puan? Kami bukan orang jahat.”

“Memang kamu bukan orang jahat tapi towkey pasir tempat tu samseng. Ada pistol. Saya takut nanti saya pulak kena ugut atau diapa-apakan lepas awak balik.”

“Owh..abis Puan ingat kami ada pistol ke? Puan dok marah-marah tadi cakap kitorang tak buat kerja. Puan ingat kitorang tak pikir keselamatan diri ke? Kalau jadik pape kat kitorang sapa nak tanggung anak bini kitorang?”

“Tapi tu kan memang tugas awak.”

“Memang kerja kami Puan. Tapi saya ajak Puan jumpa sebab saya nak tunjuk risiko yang kami hadapi pada pengadu.”

“Err…kalau macam tu takpela.”

***
Kisah 2 :

Toot..toot..toot

“Hello”

“Hello. Ini ketua kampung tuut ke?”

“Ye saya. Ni siapa ye?”

“Saya dari pejabat tuut, Unit Penguatkuasa. Saya nak confirmkan aduan tok tentang aduan burung walit ni la tok”

“Hmm..ok”

“Saya call orang yang tok cakap ternak burung walit ni..die cakap tok kasik die ternak kat rumah”

“Kamu tengok tak aduan saya tu. Ada bunyi macam saya kasik ke”

“Saya tau tok mengadu. Tapi saya nak pastikan betul ke tok cakap ok pada mamat yang bela ni”

“Kamu ni…mestila saya cakap ok sebab sebagai pengadu mesti saya nak jaga maruah dan keselamatan saya. Kalau tak nanti orang tu mengamuk la dan malu la saya.”

“Owh…so tok nak jaga maruah & kerja-kerja buruk semua kasik pada kami? Tok nak orang sanjung tok sebagai ketua kampung yang memahami tapi tok tak kesah orang kutuk kami? Macam tu ke tok?”

“Err…err…”

“Macam ni la tok. Tok jumpa balik orang tu lepas tu sound dia pasal aktiviti dia. Kalau tok takut tok panggil kami ikut tapi tok yang kena sound dia”

“Err..mana boleh macam tu”

“Ni memang kerja tok sebagai ketua kampung. Ingatkan anak buah apa yang boleh dan tak boleh”

“Err…kalau macam tu okla”

***
Aku bukan la tak nak buat kerja aku. Tapi aku rasa tak patutla orang yang mengadu asyik nak mengelak je. Yang kena palit tahi orang-orang macam aku ni. Be fair..kalau berani mengadu kena la berani hadapi risiko aduan. Sama-sama buat kerja sama-sama hadapi masyarakat.

Advertisements

All In A Day’s Work

18 November 2010

Kerja aku tak menarik. Aku tak berpeluang melawat negeri-negeri lain apa lagi melawat negara luar. Kerja aku hanya melibatkan satu daerah je. Paling jauh aku pergi pun sampai Shah Alam je la.

Kerja aku tak popular. Orang dok selalu kutuk. Kadang-kadang adala orang cakap “wah! *** ke? Dah kawen belum? Makcik ada anak dara kat rumah.” Tapi tu kadang-kadang berlaku. Yang selalu “Ini la dia Pejabat T***h. Selalu nak menyusahkan orang je tau.”

Satu hari ada satu satu paper ni telah mengeluarkan satu artikel tentang kejadian mencurik pasir di daerah aku. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan, aku dan anggota aku pun pergi la ke tempat kejadian. Kosong…Tanah hakmilik. Tapi dengan kuasa yang diberi kitorang memang boleh masuk pun. Tak dikategorikan sebagai menceroboh pun.

Lebih kurang setengah jam di lokasi, tuan tanah datang. So berlaku la beberapa sesi perbincangan. Aku cakap aku nak amik mesin excavator kat situ sebab ada bukti kejadian curik pasir. Tuan tanah mula naik angin. Beliau cakap tu bukan mesin beliau. Beliau hanya sewa je mesin tu. Lalu beliau menghubungi tuan punya mesin.

Tunggu punya tunggu, lebih kurang 20 minit tuan mesin datang. Aku cakap la kitorang sekadar menjalankan tugas dan ada bukti mesin digunakan untuk mencurik pasir. Tuan mesin paham tapi beliau sedikit marah. Tapi bukan pada aku tapi pada tuan tanah.

Mungkin merasa sedikit malu kerana tuan mesin tidak memarahi kami, tuan tanah mula naik hangin dan hilang pedoman. Beliau lalu mengeluarkan pedang samurai dan menghayun pedang tersebut kat kitorang. Ok, sape tak panik tengok benda macam tu berlaku depan mata…tapi kitorang maintain composure.

Setelah meneliti segala kemungkinan, aku buat keputusan untuk memanggil polis. Setibanya polis, dengan muka selamba apam beliau berkata “Kami tidak boleh bertindak selagi tiada siapa yang cedera di sini.” Apa ko nak tunggu budak-budak aku mati baru ko nak buat pape ke!?

Last-last lepas slow talk, kitorang meneruskan kerja kitorang dengan mengambil beberapa komponen penting daripada mesin excavator tersebut agar mesin tersebut tidak dapat berfungsi. Lepas tu balik la. Gila ke nak stay situ lagi hahaha.

Kalau nak tau lebih lanjut bole baca kat sini.

Err…Ye Tak Ye Jugak

9 November 2010

Di suatu hari selepas mesyuarat…

“Fadh, kamu kat sini first posting ke?” tanya salah seorang bos aku yang baru bertukar dari federal lebih kurang dua bulan.

“Er..tak Puan. Ni second posting saya. First posting kat SUK dulu. 6 bulan kat SUK pastu pi DPA pastu baru tukar sini.” jawabku.

“Owh…ye ke? Untung kamu muda-muda dah keje kat sini. Tapi kalau ikut saya la kan…ni pandangan saya la kan…saya rasa pegawai-pegawai muda macam awak ni kena pi kementerian dulu.”

“Owh ye ke? Kenapa lak macam tu Puan?”

“Sebab kalau kat kementerian, kamu ni taraf PSU tau…Penolong Setiausaha.”

“Hmmm…ok.”

“Kalau PSU ni semua kerja dia buat. Dari minit mesyuarat, surat menyurat, memo….fotostat pun PSU buat sendirik. Kat sini kamu bos. Semua tu kerani yang buatkan.”

Aku diam sekejap…Lalu bos aku sambung cakap balik..

“So muda-muda ni la kamu nak belajar macam-macam. So bila kamu jadik bos esok senang. Anak buah tak boleh nak tipu kamu.”

Aku diam semula…pastu aku dengan selamba cakap..

“Kalau saya ada rezeki naik pangkat sok…pi federal…jadik bos…kan saya dah ada pengalaman jadik bos kat sini. So takdela saya kekok nak jadik bos esok. Kerja fotostat, minit mesyuarat, surat-surat tu semua PSU yang buat. Yela, dah ada pengalaman jadik bos.”

Kali ni bos aku pulak terdiam….lalu beliau berkata…

“Err…ye tak ye jugak ye.”

Cakap Serupa Bikin La Wei!!

5 November 2010

Fuuhhh…dah berhabuk dah blog ni. Lama sangat tak update.

Been a hectic October. Macam-macam berlaku. Ada lawatan dari Jabatan Audit Negara selama sebulan. Persediaan lawatan panel APPC (star rating). Audit Dalam untuk MS ISO 9001:2008. Dan macam-macam lagi la.

Lepas tu pulak hujung Oktober berlaku satu insiden membabitkan colleague aku. Disebabkan tindakan beliau, berlaku la reshuffle dalaman jabatan. So sekarang aku dah tak jaga Pentadbiran lagi dah. Aku diassign ke Unit Penguatkuasa. Kerja baru, pengalaman baru.

Ok, rasa sampai sini je kot buat masa ni. Until then…