Archive for December, 2010

Nak Stop Makan Nasikla

24 December 2010

Pada suatu pagi di opis aku…

Haron : Fadh, jom sarap.

Haron merupakan kawan kepada kawan aku yang telah menjadi kawan aku setelah dikenalkan oleh kawan aku paham ke ni? Beliau bekerja dengan sebuah syarikat pembuat rumah.

Aku : Orait, ko belanja ok.

Haron : Ok, takde problem.

Sampai-sampai di kantin beliau mengambil mee goreng dan teh tarik manakala aku mengambil nasi goreng dan nescafe tarik.

Aku : Ko amacam sekarang? Ok? Sihat la?

Haron : Macam biasala fadh. Orang saiz macam aku ni kena la jaga sikit kesihatan.

Haron seorang yang berbadan besar..bukan gemuk..cuma badan beliau sangat besar hinggakan jika beliau menaiki MyVi, kereta tersebut akan senget. Serius aku tak tipu MyVi tu senget.

Aku : Ko selalu jog ke ape?

Haron : Aku ni takleh nak lari sangat sebab urat kaki aku ni dah bersimpul. So aku selalu jalan-jalan jela. Tu pun takleh berdiri lama sangat. Tapi kena la bersenam. Baru-baru ni kawan aku kerja Bahagian Pinjaman Perumahan, umur lebih kurang aku je…tua setahun. Aku 41 so die 42 la. Meninggal sebab strok. Die tak pernah nak bersenam. Badan dahla besar. Ko tengok aku ni besarkan, die lagi besar. Kesian anak-anak la. Kecik lagi.

Aku : 42? Yela, ajal maut ni kan kat tangan Allah.

Haron : Tu la. Aku pun nak jaga badan ni aku tengok-tengok la ape yang aku makan. Aku dah tak makan nasik dah.

Aku : Ye ke? Ko stop makan nasik berapa kilo ko hilang?

Haron : Banyak jugakla. Kalau seminggu tu bolela hilang 3kilo.

Aku : 3 kilo? Banyak tu. Aku pun kena stop makan nasik la lepas ni.

Haron : Okla macam tu. Tapi kena carik substitute la. Ganti la dengan roti ke…pape ke.

Aku : Ok. Mulai hari ni aku stop makan nasik.

****

Lunch time. Haram!! Nak berenti makan nasik konon. Aku balun nasik ayam lunch hari tu.

Yahooo!! Kita ke Final!!

19 December 2010

K Rajagobal yang riang ria selepas layak ke final

Yahoo!! Setelah sekian lama menanti akhirnya pasukan bola sepak Malaysia berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki.

Walaupun setakat seri 0-0 di Vietnam, Malaysia mara sebab aggregat 2-0. Kepada yang tak berapa nak ikut bola sepak Malaysia ni, semi-final ni main dua leg. Satu kat Malaysia, satu kat Vietnam. Time lawan kat Malaysia hari tu Malaysia menang 2-0 terima kasih kepada dua jaringan Safee Sali striker Selangor.

Yang aku tak berapa nak paham kenapa final pun nak main dua leg. Tak kesah la, yang penting aku dapat tengok final tu live kat Bukit Jalil nanti. Pergi jangan tak pergi. Sekarang ni tengah tunggu perlawanan Indonesi vs Filipina, dua team yang ada player import. Gila cokia punya team. National team pun nak import player. Macam la takde player tempatan yang bole main bola.

Okla, pape pun sama-sama la kita memenuhkan Stadium Bukit Jalil dan sama-sama bersorak agar pasukan Malaysia dapat menang Piala AFF Suzuki ni.

Owh, lupa lak nak mention. Team Malaysia ni relatifnya masih muda sebab average age aku tengok below 25. So potential tu ada. Nak masuk World Cup? Belum lagi kot. Tapi kalau nak main Piala Asia tu ada la potensi tu.

Etika Kerja

11 December 2010

Dalam melakukan pekerjaan setiap orang mestilah beretika. Etika kerja bolehlah diibaratkan macam guideline atau panduan dalam menjalankan kerja. Antara etika kerja yang wajib diamalkan adalah segala maklumat yang hendak disampaikan kepada bos atau orang awam perlulah merupakan fakta yang betul dan sahih. Bukan hanya hearsay atau sesuatu yang sensasi.

Baru-baru ni pejabat aku dan aku masuk paper. Okay, bukan aku nak brag sebab info paper tu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Dan obviously segala info yang wartawan tu publish is totally rubbish and a big bunch of lies. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab memang wartawan tu menipu. Aku tak tau sebab apa die sanggup sunk herself down to that level just to sensationalize her story with a bunch of lies. Ok maybe aku ada (thru a friend of mine) warning die but aku ada reason. She easily accused me taking money just because aku tak nak bawak die pi operasi. Aku tak cakap aku tak nak bawak…aku just cakap aku tak kasik die naik kereta ofis aku. Die boleh join tapi naik kereta sendiri…tak jadik masalah untuk aku.

Waktu operasi lepas keluar artikel pertama, aku ada appointment dengan TNB so aku hold the operation after appointment tu. Sebab bagi aku no need to rush because since artikel tu dah publish dalam paper, of course la kegiatan haram tu takkan berlaku. And aku maybe akan balik tanpa tangkapan lori. So baik aku follow schedule aku for that day. Reporter ni kept bugging me tanya aku dekat mana. Kalau ko nak masuk, masuk jela. Aku tak pernah halang pun. Right after having lunch barulah aku dengan budak-budak aku pi site tersebut. Dapatla sita excavator. And aku tak pernah bagi official statement pada reporter tu sebab aku rasa she’s such a nuisance to my work.

Esoknya YB kawasan nak lawat so aku dengan member aku join sekali. Wartawan ni ada lagi lak. Kitorang banyak kali cakap tapak curik pasir tu bukan tapak kubur…tapi paper hari jumaat yang reporter ni tulis still mention tu tanah kubur. Apa ko pekak ke apa? Orang dah cakap tu bukan tanah kubur…bukan tanah kubur la.!

Aku tak paham nape orang suka sensasi kan sesuatu perkara. Get your facts and figures correct before you answer to your boss…or in this case, to the public. Be ethical la sikit.

Salam Tahun Baru 1432H

6 December 2010

Selamat menyambut tahun baru 1432H.

Selalu kita dok kira tahun masihi sampai lupa tahun hijriah. Sempena Awal Muharam ini marilah kita tanam azam baru untuk meningkatkan amalan kita. Ingat-ingatlah sikit…dunia ini hanya sementara, akhirat jualah yang kekal selamanya. Semoga kita sentiasa mencari kesempatan untuk beramal walaupun sentiasa disibukkan dengan urusan dunia.

Berdoalah di tahun baru ini kita dijauhkan dari kelalaian dan kesusahan hidup. Amin…

Gadjet Baru Saya

2 December 2010

Saya berasa sangat happy. Ini kerana saya telah membeli satu gadjet baru. Gadjet saya sangat kool dan hebat. Saya akan kelihatan seperti pemuda sofistikated ketika menggunakan gadjet baru saya ini. Pemuda-pemuda ingin berkawan dengan saya dan gadis-gadis ingin berdamping dengan saya kalau mereka nampak saya menggunakan gadjet hip dan kool itu.

Gadjet apa yang saya beli? iPad ke? Taklah. Walaupun iPad kelihatan kool dan seksi jika digunakan, namun saya akan merasa redundant sekiranya saya membeli iPad kerana saya telah ada iPhone di mana fungsinya adalah lebih kurang sama dengan iPad. Jadi gadjet apakah yang telah saya beli?

Satu ketika dulu saya merasakan saya tidak memerlukan gadjet ini namun apabila saya diterima untuk melanjutkan pelajaran di dalam degree kedua (ia, saya mengambil degree kedua sebab saya rasa saya sangat banyak masa lapang hahaha), tanpa berfikir panjang saya berkata-kata kepada diri saya yang saya memerlukan gadjet ini. Gadjet apakah itu? Gadjet tersebut adalah laptop acer timelineX 4820TG. Walaupun gadjet ini tidak sehip dan sekool macbook pro yang merupakan idaman hati, namun dengan kelajuan yang dimiliki ia berjaya membuat saya jatuh hati.

Selepas ini bolehlah saya gunakan laptop ini di tempat-tempat awam seperti di McD, kopitiam mahupun bus stop dan kelihatan seperti sangat hebat mengulangkaji pelajaran di tempat-tempat tersebut padahal sebenarnya digunakan untuk meng’update’ facebook. Atau mungkin saya boleh kelihatan seperti agen MLM yang kelihatan sofistikated menipu menerangkan mengenai skim piramid syarikat mereka. Atau mungkin juga laptop ini akan dibiarkan berhabuk di atas meja. Entahlah…

Yang penting saya boleh mengemaskini blog saya dengan lebih kerap. Owh!! Yeah!!

acer timelineX 4820TG