Selamat Jalan Pak Uda…Selamat Datang 2011

Aku  menamatkan tahun 2010 dengan kesedihan. Pak Uda aku (adik ke-3 mak aku) meninggal dunia lebih kurang jam 7.00 pagi 31 Disember 2010. Baru berusia 49 tahun dan dikategorikan sebagai golongan yang sihat…hinggalah ketika beliau didiagnos mempunyai ketumbuhan di perut.

Alhamdulillah beliau dapat menyempurnakan haji pada tahun ini. Ketika di Tanah Suci lah baru beliau dapat tahu mengenai ketumbuhan tersebut. Beliau jatuh sakit midway thru haji. Dan ketika pemeriksaan didapati terdapat ketumbuhan. Selain daripada itu, beliau juga didapati merupakan pembawa Hepatitis B, satu penyakit keturunan yang mengalir di dalam diri family aku.

Perasaan sebak mula terasa saat beliau hendak dikafankan. Walaupun cuba menahan tapi aku gagal untuk menghalang air mata daripada mengalir dipipi aku. Hujung turun renyai-renyai ketika kami tiba di tanah perkuburan. Selesai dikebumikan, hujan pun berhenti dan langit kembali cerah.

Kehilangan beliau pasti akan diratapi dan ditangisi oleh keluargaku.

Selamat jalan Pak Uda…selamat datang 2011.

One Response to “Selamat Jalan Pak Uda…Selamat Datang 2011”

  1. sil Says:

    setiap yang hidup pasti akan mati. semoga roh arwah dicucuri rahmat. al-fatihah.

Leave a comment