Archive for July, 2012

SEWA RUMAH…UNIPARK CONDO KAJANG

30 July 2012

Ok…title tu maybe a little bit misleading. Bukan aku nak menyewa kat situ. Tapi aku nak sewakan rumah.

Luas rumah tu 1062sqft. 3 bilik tidur 2 bilik air. Ground floor menghadap swimming pool which is cool kalau nak tengok chicks. Antara amenities yang ada (menurut kata developer which aku belum verify lagi) ada gymnasium kepada fitness buff. Turut ada court tennis atas parking lot.

Planning tu rent it partially furnish yang mana akan disediakan beberapa katil, washing machine, water heater, perhaps throw in a tv set etc. Tapi kalau ada yang nak rent it kosong pun won’t be a problem. Boleh arrange.

Unit tu just a walking distance dengan KLIUC sama UNITEN. Boleh tengok dekat www.iproperty.com and type Unipark Condo. So sesape yang berminat boleh roughly bajet berapa rental price area situ. But still negotiable.

Kalau ada yang berminat sila bagitau. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Gambar akan diletakkan dalam post akan datang.

Sekian, terima kasih.

Serius Tak Logik

29 July 2012

Pergh…lama gila tak update. And seriously aku tak rasa ada orang akan baca blog ni. Setahun 5 bulan tak update. Gila lah!!!

Ok seriously. RM300 untuk Hatyai!? Tak logik langsung kalau pegi on weekend. On weekdays…ada possibility. Bayangkan, sehelai t-shirt on weekends diorang bole jual RM15. On weeekdays, t-shirt yang sama tu will only cost you RM5. Aku nak beli untuk staf seramai 16 orang je dah buatkan half my budget abis.

So my advice, kalau nak pergi Hatyai….go on weekdays. Seriously, everything will be much cheaper. So much cheaper.

Ok, until then. Bye…