Archive for the ‘Destinasi Bajet’ Category

Haytai? Hadyai? Here I Come!!

11 February 2011

Malam ni aku pi Haytai? Ke Hadyai? Rombongan Makcik Kiah opis aku ke sana. Ada la lebih kurang 20 orang dari opis aku yang ikut sekali. Pi ramai-ramai la baru seronok kan? Alang-alang nak ramai tu biar ramai terus. So pakej jadik makin murah. Ye tak? Overall masuk transport, penginapan dan makan semua sekali dalam RM400 je.

Trip ni aku masuk sekali dalam kategori Destinasi Bajet aku. Kalau ikut cerita Destinasi Bajet 8TV tu tiap destinasi bawak RM300 je. Hatyai ni takkan nak bawak RM300 je tak? So aku letak la RM500 siap souvenir untuk lebih kurang 20-30 orang. RM500 dapatla dalam 5000 baht. Kira murah la tu kan? Ni tak termasuk harga pakej RM400 tu ye. So aku akan listkan tiap perbelanjaan aku kat sana dan aku akan report balik cukup tak RM500 untuk pi Hatyai selama 3 hari 2 malam.

Okla…nanti Selasa aku update balik blog aku ni siap dengan perbelanjaan aku untuk membuktikan yang dengan hanya RM500 anda dapat berlibur dengan hati yang riang gembira siap dengan beli souvenir untuk 20-30 orang lagi.

Satu ratus…dua ratus…tiga ratus…empat ratus…lima ratus

Family Day

5 October 2010

Weekend lepas ofis aku buat family day. Kali ni family day buat kat Port Dickson. 2 hari 1 malam. So macam a nice way for relaxing after penat buat kerja sepanjang tahun. Semua orang kena bayar a portion of commitment money. Kalau family RM50, bujang RM25. So kira tahap berbaloi-baloi la.

Jadual hari Sabtu lepas pendaftaran, petang tu dalam pukul 5.00 ada sukaneka. Aku tak dapat nak join sebab hari tu ada banyak open house dengan kenduri kawen yang aku kena pi. Actually cuma satu je open house dengan satu kenduri kawen. So aku arrive kat hotel tu dalam pukul 6.45 petang. Owh, nama hotel tu Hotel Costa Rica nama macam kat oversea kan?. Sesat sikitla sebab aku tak tau hotel tu location kat mana.

Aktiviti malam tu makan-makan plus persembahan plus pertandingan plus cabutan bertuah. Pertandingan untuk orang dewasa. Of course la aku tak masuk sebab aku tak nak tipiskan peluang kawan-kawan aku daripada menang hadiah hahahaha. Pastu ada la beberapa pertandingan untuk pasangan suami isteri.

Acara cabutan bertuah ni actually acara yang aku tunggu-tunggu. Sebab ni je peluang aku nak dapat hadiah. Antara hadiah yang paling best TV LCD, microwave oven, vacuum cleaner dan lain-lain. Aku tak berapa tertarik dengan TV tu sebab cuma 22 inci je. Lebih kurang saiz TV aku kat rumah je. So aku aim microwave oven. Tengah-tengah aku dok makan tu makan boleh tahanla sebab ada kambing panggang nombor aku naik. Bila aku amik hadiah….aku sedikit keciwa. Aku dapat radio biasa je. Ceh!! Terus aku bagi radio tu pada staf Bahagian aku. Buat dodoi tido malam.

Rupa-rupanya aku tersilap. Aku ingatkan bila nombor aku dah kena cabut tu aku takde harapan nak dapat hadiah best-best tu. Rupanya organiser dah asingkan hadiah. Hadiah-hadiah best diorang separate kan dan akan dicabut semula dengan memanggil nama. So aku masih ada harapan.

Bila diorang dah start panggil nama untuk cabutan yang best tu aku meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat microwave oven aku tu. Tunggu punya tunggu nama aku masih belum naik. Hati aku keciwa. Aku rasa aku memang takde harapan la nak menang.

Last-last bila hadiah tinggal dua je…pengacara describe nama pemenang. Dalam description tu aku dok pikir ni macam staf aku je. So aku bertambah keciwa. Sekali panggil nama…nama aku la pulak. Wooohoooo!! Hadiah pulak tu microwave oven yang aku idam-idamkan tu. Ok, actually sampai skang aku masih tak tau aku nak masak apa dengan oven tu.

So overall family day tu menarik dan berjaya membuat ramai yang happy. The only downside is the hotel. Bagi aku hotel tu so-so and aku tak recommend orang untuk dok situ. Even member aku yang dapat baucer 2 hari 1 malam pun kata tak akan guna baucer tu. So paham-paham jela.

Pape pun…kepada bos-bos…hargailah kakitangan anda dengan mengadakan family day di tempat-tempat yang hip dan happening. Macam opis aku. Kakitangan anda adalah aset anda.


Kapla Pusing

26 May 2010

Pening kepala aku hari ni.

Kerja banyak sangat kot. Kena amik rest ni. Amik cuti sehari dua. Maybe kena pi tempat peranginan. Dalam negara ke luar negara? Mana-mana pun bole. Asalkan fulusnya ada.

Mana nak pi? Redang? Boleh snorkeling. Langkawi? Tax free tuh. Ke balik kampung? Mana tu? Of course it’s London. Hahaha..

Owh lupe lak. Tiket Air Asia ke Gold Coast telah di’book’. Melawat ke negara Down Under la nanti nih. Hehehe

Nantikan edisi Destinasi Bajet dalam keluaran akan-akan datang.