Archive for the ‘Gadjet’ Category

Gadjet Baru Saya

2 December 2010

Saya berasa sangat happy. Ini kerana saya telah membeli satu gadjet baru. Gadjet saya sangat kool dan hebat. Saya akan kelihatan seperti pemuda sofistikated ketika menggunakan gadjet baru saya ini. Pemuda-pemuda ingin berkawan dengan saya dan gadis-gadis ingin berdamping dengan saya kalau mereka nampak saya menggunakan gadjet hip dan kool itu.

Gadjet apa yang saya beli? iPad ke? Taklah. Walaupun iPad kelihatan kool dan seksi jika digunakan, namun saya akan merasa redundant sekiranya saya membeli iPad kerana saya telah ada iPhone di mana fungsinya adalah lebih kurang sama dengan iPad. Jadi gadjet apakah yang telah saya beli?

Satu ketika dulu saya merasakan saya tidak memerlukan gadjet ini namun apabila saya diterima untuk melanjutkan pelajaran di dalam degree kedua (ia, saya mengambil degree kedua sebab saya rasa saya sangat banyak masa lapang hahaha), tanpa berfikir panjang saya berkata-kata kepada diri saya yang saya memerlukan gadjet ini. Gadjet apakah itu? Gadjet tersebut adalah laptop acer timelineX 4820TG. Walaupun gadjet ini tidak sehip dan sekool macbook pro yang merupakan idaman hati, namun dengan kelajuan yang dimiliki ia berjaya membuat saya jatuh hati.

Selepas ini bolehlah saya gunakan laptop ini di tempat-tempat awam seperti di McD, kopitiam mahupun bus stop dan kelihatan seperti sangat hebat mengulangkaji pelajaran di tempat-tempat tersebut padahal sebenarnya digunakan untuk meng’update’ facebook. Atau mungkin saya boleh kelihatan seperti agen MLM yang kelihatan sofistikated menipu menerangkan mengenai skim piramid syarikat mereka. Atau mungkin juga laptop ini akan dibiarkan berhabuk di atas meja. Entahlah…

Yang penting saya boleh mengemaskini blog saya dengan lebih kerap. Owh!! Yeah!!

acer timelineX 4820TG

Advertisements