Archive for the ‘Insaf’ Category

Selamat Jalan Pak Uda…Selamat Datang 2011

1 January 2011

Aku ┬ámenamatkan tahun 2010 dengan kesedihan. Pak Uda aku (adik ke-3 mak aku) meninggal dunia lebih kurang jam 7.00 pagi 31 Disember 2010. Baru berusia 49 tahun dan dikategorikan sebagai golongan yang sihat…hinggalah ketika beliau didiagnos mempunyai ketumbuhan di perut.

Alhamdulillah beliau dapat menyempurnakan haji pada tahun ini. Ketika di Tanah Suci lah baru beliau dapat tahu mengenai ketumbuhan tersebut. Beliau jatuh sakit midway thru haji. Dan ketika pemeriksaan didapati terdapat ketumbuhan. Selain daripada itu, beliau juga didapati merupakan pembawa Hepatitis B, satu penyakit keturunan yang mengalir di dalam diri family aku.

Perasaan sebak mula terasa saat beliau hendak dikafankan. Walaupun cuba menahan tapi aku gagal untuk menghalang air mata daripada mengalir dipipi aku. Hujung turun renyai-renyai ketika kami tiba di tanah perkuburan. Selesai dikebumikan, hujan pun berhenti dan langit kembali cerah.

Kehilangan beliau pasti akan diratapi dan ditangisi oleh keluargaku.

Selamat jalan Pak Uda…selamat datang 2011.

Advertisements

Salam Tahun Baru 1432H

6 December 2010

Selamat menyambut tahun baru 1432H.

Selalu kita dok kira tahun masihi sampai lupa tahun hijriah. Sempena Awal Muharam ini marilah kita tanam azam baru untuk meningkatkan amalan kita. Ingat-ingatlah sikit…dunia ini hanya sementara, akhirat jualah yang kekal selamanya. Semoga kita sentiasa mencari kesempatan untuk beramal walaupun sentiasa disibukkan dengan urusan dunia.

Berdoalah di tahun baru ini kita dijauhkan dari kelalaian dan kesusahan hidup. Amin…

Panggilan Haji…Telah Tiba Lagi…

11 October 2010

Panggilan Haji..telah tiba lagi

Musim Haji telah bermula. Ada beberapa kenalan tergolong dalam golongan bertuah yang mendapat jemputan Ilahi untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Alhamdulillah..

Seumur hidup aku, hanya sekali aku pernah menjejakkan kaki di Tanah Haram. Lebih kurang 15-16 tahun lepas. Aku buat umrah sekeluarga. Time tu adik kecik aku belum ada lagi. So dalam family aku dia sorang je la yang belum menjejakkan kaki di sana.

Baru-baru ni mak aku ajak aku buat umrah. Aku setuju. Tapi maybe bukan dalam masa terdekat. Depends pada kesihatan mak aku. Maybe paling awal pun hujung tahun depan lepas adik aku UPSR. So ada masa la untuk aku kumpul duit nanti. Lebih kurang 4000-6000 skang ni kalau nak buat umrah.

Sebut pasal Haji, aku berpendapat masa yang terbaik untuk ke sana adalah ketika kita muda belia. Sebab kederat tenaga masih ada lagi. Yang orang selalu buat, dekat-dekat nak pencen atau lepas pencen baru nak pi. Time tu macam-macam penyakit dah hinggap dalam badan. Lebih elok la time-time muda ni pi sana. Sok-sok ada rezeki lepas pencen boleh pi lagi.

Sasaran aku mudah-mudahan nak pi before 35. Itu kalau ada rezeki dan dijemput oleh Allah untuk ke sana. Tapi usaha-usaha mengumpul duit tu dah start la sikit-sikit.Doakan la ye…

Protected: Living In Denial…

27 September 2010

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi

10 August 2010

Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

***

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, dapatlah kita menggilap kembali hati-hati yang telah pudar dan melumpuhkan hawa nafsu yang selama ini membelenggu diri. Amat rugilah mereka yang amalannya tidak menampakkan perubahan sepanjang bulan Ramadhan ini. Jika hanya berpuasa untuk mendapat lapar dan dahaga. Jika berpuasa hanya kerana “kawan aku pun puasa”.

Dalam berpuasa, jangan lupa untuk membayar zakat fitrah ye kawan-kawan. Kang sok dah dekat nak raya, mana nak carik amil? Baik setelkan awal-awal untuk elakkan kesusahan di hari tua. Kalau berkemampuan, banyakkan bersedekah pada bulan Ramadhan. Kurangkan membazir dengan membeli juadah yang bertimbun-timbun. Lebih elok jika kita selalu niat belanja mereka yang berpuasa.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang mana di dalamnya terkandung Malam Lailatul Qadar.