Seingat aku lah, dah dekat 3 tahun tiap kali kalau aku pegi shopping mesti aku bawak beg sendirik. Aku tak pakai beg plastik kat shopping complex atau pasaraya. Kalau aku beli dalam kuantiti yang kecik pulak selalunya aku akan tolak dari menggunakan plastik gak. Sebaliknya aku akan bawak je barang tu keluar kedai dengan tak menggunakan plastik.
Aktiviti ni aku dah amalkan sekian lama. Lebih lama daripada saranan Kerajaan baru-baru ini untuk mengenakan bayaran kalau kita guna plastik kat pasaraya. Walaupun doposen je die caj, tapi kalau dah seribu kali kita pi shopping, banyak tu kena bayar yob. So bila government implement peraturan ni, aku adalah antara sebahagian kecik orang yang tak kena tempiasnye la. Dan sebenarnya aku tak nampak point kenapa orang kena marah bila kena caj doposen bila guna plastik.
Walaupun aku dah amalkan benda ni lama dah, tapi aku bukanlah environmentalist. Bagi aku, golongan environmentalist ni adalah golongan yang tau bilangan beruang dalam hutan. Tau keluasan antartika yang dah kena sinaran uv. Tau berapa nipis lapisan ozon yang tinggal. Aku? Aku tak tau semua benda tu. Aku bawak beg pi shopping sebab aku rasa apa yang aku buat tu make sense. No particular or specific reason.
Aku suka recycle. Tapi macam yang aku cakap, aku bukan environmentalist. Kalau environmentalist diorang recycle sebab diorang cintakan alam. Aku pun cintakan alam. Tapi aku recycle sebab aku nak dapatkan duit. Yup, duit tah berapa sen kalau aku recycle surat khabar lama dengan tin aluminium tu. Dan aku confirm takkan bagi surat khabar lama aku free-free untuk orang lain recycle demi kebaikan alam. At least aku mestila dapat something in return kan?
Aku tak suka buang sampah merata-rata. Dan aku rasa tak patut kalau ada orang buat sampah merata-rata terutamanya ketika bawak kereta lepas tu buang tepi jalan. Tapi macam aku cakap tadi. Aku bukan environmentalist. Aku cuma benci kalau orang buang sampah merata-rata. Sebab bagi aku orang macam ni tak berapa cerdik dan kurang didikan. Orang macam ni patut ditarbiah dan dibasuh otaknya. Kalau tak jalan jugak, patut dibakar hidup-hidup.
Tak semestinya kita perlu menjadi environmentalist untuk menunjukkan yang kita cintakan alam. Setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing. Kalau lepas ni setiap daripada kita bawak sendiri beg pi shopping, berapa banyak plastik dapat kita elakkan daripada digunakan. Ok, aku tak tau fakta ni. Saje je nak guna ayat tu sebab nampak macam sedap. Jadi marilah kita sama-sama mainkan peranan kita demi alam sekitar.
GO CAPTAIN PLANET!!
THE POWER IS YOURS!!