Susun Silang Kata – Aizat

8 February 2011

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

***

Kenapa aku minat lagu ni? Sebab lagu ni agak catchy especially part korus tu. Pastu macam ada special meaning la untuk sesiapa yang memahami. Enjoy!!

Advertisements

Hampeh Punya Budak

5 February 2011

Satu hari aku dan adik bongsu aku yang berusia 12 tahun bersiar-siar di kawasan perumahan aku…

“Study amacam? UPSR tahun ni boleh dapat semua A tak?” tanya aku.

“Ntahla…tengok la nanti macam mane.” jawab beliau.

Tiba-tiba kedengaran satu lagu berkumandang..

Tubuhku menggeletar
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata…

“Eh, ko bawak henpon mak ke?” tanyaku pelik sebab tiba-tiba je dengar lak bunyik lagu.

“Aah, ni ha.” jawab adikku sambil menunjukkan henpon tersebut.

“Ni lagu sape nyanyi eh?” tanyaku lagi.

“Eh, abang ni lapuk betulla. Takkan tak tau.” jawab beliau selamba.

“Eh, haram punya budak. Sebab aku tak tau la aku tanya.” ces! Selamba dia boleh cakap aku lapuk.

“Ni lagu Daus la.” jawab beliau lagi.

“Tajuk lagu?” aku tanya lagi.

“Kenapa?” tanya beliau lak.

“Sebab aku nak tau la. Ape tajuk die?” aku bertanya.

“Kenapa?” beliau tanya soalan yang sama lagi.

“Sebab aku tak tau la aku nak tau. Ape tajuk die?” aku tak puas hati sebab adik aku masih belum memberi jawapan.

“Tu la tajuk lagu dia. ‘Kenapa’. Dahla lapuk, tak paham-paham lak tu.” sekali lagi beliau dengan selamba memberikan jawapan.

Hampeh punya adik. Dahla minit Justin Bibir. Memperkotak-katikkan aku lak. Lepas tu boleh lak pow aku dekat Petronas. Ces!!

Kerja Owh Kerja

1 February 2011

Okay mungkin aku dah cakap benda ni banyak kali tapi aku memang suka kerja aku. Aku pun suka kerja lama aku. Kerja aku yang sebelum tu pun aku turut suka jugak. Pendek kata aku memang suka bekerja.

Antara bidang tugas aku adalah menyerahkan notis pencerobohan tanah Kerajaan. Prosedur mudah. Pergi mana-mana tempat yang diadu berlaku pencerobohan tanah Kerajaan, semak dan pastikan status tanah, sediakan notis pencerobohan, bagi tempoh dan akhir sekali halau atau roboh.

Senang je kan kerja aku? Ye…atas kertas sangat senang. Tapi cuba pikir macam ni. Selalunya orang yang ceroboh ni setinggan. Kalau setinggan ni selalunya orang susahkan? Jarang la ada setinggan orang yang ada puluh-puluh ribu dalam bank. Kalau ada ratusan dalam bank pun kira untung la. Lepas tu bayangkan…kita datang nak roboh rumah setinggan ni. Lepas tu nampak si emak dodoi anak kecik. Ada tujuh lapan anak-anak die. Semua tak sekolah sebab tak mampu. Berhingus lagi budak-budak tu. Si ayah pulak kerja dekat tempat cuci kereta. Gaji dalam 300-400 sebulan. Ada hati lagi ke nak roboh rumah orang tu? Pikir-pikir kan la…

Satu lagi contoh. Satu tapak deretan kedai. Orang berniaga kecil-kecilan. Untung sebulan mungkin la dalam seribu dua. Lima enam tahun berniaga takde masalah. Sekali berlaku perubahan politik. Orang baru naik. Tak sekepala. Mula buat aduan. Bila terima aduan kena la turun bagi notis. Bila tamat tempoh kena la turun roboh. Sengaja delay untuk tak roboh sebab tak nak kacau periuk nasik orang. Pengadu mula bising. Aku turun semula tapak. Dengar cerita penggerai. Rupa-rupanya pengadu tu ada kutip sewa dari penggerai. So kalau ko dah kutip sewa, KENAPA KO NAK SURUH AKU ROBOH!!!????

Kerja aku seronok. Aku admit aku maybe cepat bosan kalau dok dekat opis je. Aku kena keluar turun site. Berpanas berhujan. Belajar benda baru. Buat kerja kotor. Tapi situasi-situasi macam yang aku cerita tu menyebabkan aku sukar dan payah nak buat keputusan dalam kerja. Bukan aku merungut. Tapi aku nak semua tau bukan senang buat kerja yang aku buat. Kalau senang…mesti semua nak dok tempat aku…percayalah.

Cuba Teka Berapa Ringgit?

19 January 2011

Di suatu malam ketika menghadap makan malam….

Aku keluar makan dengan Lein. Aku tak makan. Diet kononnya. Pirah…padahal dah melantak petang tu. So disebabkan aku tak makan, mata aku memerhatikan keadaan sekeliling. Akhirnya aku terpandang satu iklan :

KEREPEK

1 BUNGKUS RM6.00

2 BUNGKUS RM10.00

“Lein, kerepek tu 1 bungkus RM6. 2 bungkus RM10. Kalau 3 bungkus berapa?”

“Ala, ikut tokey tu la nak letak berapa. RM18 ke, RM17 ke.”

“Kita bet. Cuba teka berapa ringgit?”

“Ok. Kalau sebagai penjual, RM18. Kalau pembeli RM15.”

“Eh, mana boleh macam tu. Teka satu je.”

“Ok. RM15.”

“Ok. Fadh teka RM16. Nanti Fadh tanya tokey tu.”

Lalu aku berjalan ke gerai itu dan bertanya…

“Kak, kerepek ni satu bungkus RM6. Kalau tiga berapa ye kak?”

“Kalau tiga RM16 dik.”

“Terima kasih ye kak.” kataku sambil berjalan pulang ke meja aku dengan penuh kegirangan kerana memenangi bet tersebut.

Pape Jela

16 January 2011

Jangan silap paham. Entry kali ni bukan lah sebab aku nak luahkan perasaan fed up aku atau pape yang seumpamanya. Entry kali ni berkaitan pape cerita yang aku lalui baru-baru ni. Macam-macam cerita yang maybe tak appropriate kalau aku letak dalam satu entry je. So aku rojakkan dalam satu entry je bertajuk Pape Jela ni.

Cerita Pertama

Last week aku bawak team bowling ofis aku masuk pertandingan antara Pejabat Tanah negeri Selangor dekat Genting Highland. Korang mesti pelik nape buat kat Genting, dalam negeri Pahang. Ni sebab tuan rumah tournament tu Pejabat Tanah Hulu Selangor. Disebabkan Hulu Selangor takde pusat bowling so diorang buatla tournament tu kat Genting, tempat yang paling dekat.

Aku jadik manager untuk team laki dengan pompuan. Team laki dapat no 6 daripada 9. Kira okla tu kan? Yang aku bangga team pompuan dapat no 1 despite serba serbi kurang. Team ni orang tak letak harapan pun sebab kitorang tak penah menang sejak azali lagi. Tapi hari tu diorang tunjukkan consistency. Average tiap player dalam 150 per game. Pendek kata, diorang menjadik la time hari tournament tu.

Kalau nak compare dengan team-team lain yang dapat full support dari opis masing-masing, kitorang tak seuntung tu. Training to be honest aku kena pandai-pandai carik duit. Nasib baik aku dapat sahabat-sahabat yang sanggup hidup susah dan senang dengan aku. So takdelah aku kekeringan dari sudut kewangan sorang-sorang. Korang mesti cakap “ala, dah menang tu mesti opis reimburse balik duitkan?”. Tapi sayang…seribu kali sayang. Tak semua benda seindah tu. Opis hanya akan bayar duit penginapan, baju dengan elaun je. Duit training selama 5 hari tu pandai-pandai la urus sendirik. Takpela, yang penting kitorang jadik juara!!

Ok, to be honest, aku jadik manager bukan sebab aku suka bowling. Tapi sebab main kat Genting. Aku pi sana dengan harapan boleh pi main kat theme park die, sekali tournament tu abis pukul 8 malam daaa…..

Cerita Kedua

Aku dah start kelas dah minggu ni. 4 kelas. 1 kelas 2 jam. So total 8 jam. By the time masuk je kelas ketiga, aku dah start mengantuk. Kelas law. Seriously aku tak paham pape. Kecuali bila lecturer cerita pasal land law. Time tu ada la lecturer mintak aku cerita sikit pasal land law. Aku pun kencing la. Bukan diorang tau pun kalau aku tipu mwahahaha. Land law tu basically banyak tanya pasal transaction. Sikit-sikit tu ingatla. Kalau tanya pasal penguatkuasaan atau kesalahan boleh la aku nak cerita lebih.

Bila kelas cramp macam ni aku tak sure aku boleh cope ke tak? Pelan-pelan la aku kayuh. Sayang kalau benti tengah jalan. Orang kata dah alang-alang belaja ni baik sampai abis. Kalau dapat lulus cemerlang bolehla aku nak cerita kat anak-anak aku sok aku ada dua degree. Boleh nak cabar diorang belajar rajin-rajin macam ayah die. Hahahaha

Cerita Ketiga

Kalau tak salah aku dalam paper Berita Harian hari sabtu semalam ada cerita pasal hobi kaum lelaki. Tulis blog ni pun masukla dalam kategori tu. Tapi tak taula apa yang aku buat ni boleh dikategorikan sebagai hobi atau tak. Sebab kalau hobi mestilah aku consistent tuliskan? Tapi ni takde pun. Aku tulis ikut dan aku jek. Bila ada masa aku tulis la. Kalau tak, nak bukak blog orang lain pun….haram!!

Actually apa hobi aku pun aku tak tau. Yang aku tau…aku suka bekerja. So maybe hobi aku adalah kerja aku kot. Boleh ke macam tu?

Hmm…tu je kot untuk entry kali ni. Ada masa aku tulis lagi. Till then…